Isnin, 1 November 2010

time to sleep...

xde ape nak tulis... tgh busan!!

 tgh golek2 nak tidur sambil tgk tv

Jumaat, 29 Oktober 2010

19 KEBAIKAN WANITA


BY: KEMPEN AURAT SAYA MARUAH SAYA!

ARTIKEL ini saya kongsi untuk bacaan blogger. semoga sama2 dapat menambah ilmu.
Mungkin terdapat banyak hadis yang menyatakan wanita lebih ramai menghuni neraka, namun janganlah kamu bersedih wahai muslimah. Selagi dirimu menjadi kekasih Allah dan rasul-Nya, kedudukanmu amatlah mulia. Di sini saya senaraikan 19 kebaikan tentang kamu!



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

“Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah”



Untukmu Adam dan Hawa

Adam…
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.


Hawa…
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.


Adam…
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.


Hawa…
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.


Adam…
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.


Hawa…
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.


Adam…
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.


Hawa…
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.


Oleh itu Adam…
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.


Adam…
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.


Begitu juga Hawa…
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.


Hawa…
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.




 Hawa...
jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu,
dengan ayu wajahmu, dengan lenggok tubuhmu.
Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.
Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.
Jangan sesekali menggoda lelaki yang bukan suamimu,kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah.
Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan,
alat yang dieksploitasi oleh syaitan dalam menyesatkan Adam


Wahai Adam dan Hawa...
matanglah dalam urusan akhiratmu, 
jgn kerna kesenangan dunia yg sementara, 
kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya, 
jgn kerna kasih makhluk yg sementara, 
kau hilang kasih Allah di akhirat, 
jika kau hilang kasih Allah, 
kau hilang segalanya...




PERINGATAN UNTUK PENULIS JUGA....





Enhanced by Zemanta

~ada lg ni... :))))~

hehehee... bertemu kembali setelah beberapa hari merajuk.. hah!!?? merajuk ke?? mungkin la kot?? dek keceluparan mulut seseorang saya hampir melakukan sesuatu yg diluar batasan. tension tau x!! tapi skrg x lagi.. i'm happy now... :)))

sepanjang hidup saya, saya x pernah bertemu dgn hamba Allah yg sebegini. kesian.. mmg kesian.. tapi saya cuma boleh berdoa agar dia sedar akan kesilapan yg dia cuba dan sedang lakukan. seseorang mempunyai profession yg bagus dan amat mulia di sisi masyarakat. dek terlalu ikutkan perasaan yg amat memdesak dia lakukan perkara yg x diingini dan mencalarkan imej sendiri. bila sesuatu perkara yg sepatutnya jadi mudah, dia jadikan benda tu semakin rumit.. adakah apa yg dia lakukan tu membantu dia miliki ape yg dia inginkan? Rasa2nye tidak… itupun klu ‘seseorang’ itu menyedari yg dia telah tersalah menilai orang…

cubalah anda bygkan setiap hari anda diracuni dgn kata2 yg agak melampau. Menceritakan sesuatu perkara yg x pernah terjadi. Mengeluarkan kata2 yg agak kesat dan biadap untuk menyakiti hati saya. Saya juga manusia biasa. Punyai perasaan marah, sedih, kecewa dan emosi saya mudah terganggu dgn gangguan sebegini. saya akui saya lemah bila diasak dgn pelbagai dugaan yg memeritkan. lebih2 lagi dgn ketiadaan suami yg saya cintai di sisi. saya jadi stress.. bingung.. lemah selemah2nya.... tapi saya x boleh biarkan diri saya lemah. saya punya tanggungjawab besar terhadap anak2. saya akan jalankan tanggungjawab saya menggalas tugas suami ketika ini. segala pesan dan amanatnya saya harus tunaikan. bila saya stress... yg menjadi mangsa adalah anak2... serba sedikit akan terabai...bila saya bingung..hati jadi marah.. fikiran mula bercelaru... di saat itu saya amat2 memerlukan sokongan suami. saya perlukan kata2 semangat darinya. mujurlah dia amat memahami. walaupun kami jauh.. dia tetap akan hubungi saya. menenang kan saya yg sedang kebingungan... terima kasih abang... walaupun abang jauh berjuta batu abang tetap ada disaat ayang memerlukan abang.

Ketika saya mengetuk2 kekunci lappy di saat ini... airmata mula mengambil tempat... penglihatan mula kabur dan berbayang2...saya x tau nak menggambarkan perasaan saya sekarang. Bercampur2… saya rasa tenang, dan dalam masa yg sama saya rasa geram.. terharu… gembira…sedih pun ada… tapi yg penting saya x lagi rasa stress. bila saya rasa tenang saya rindu untuk mengalunkan ayat2 suci alQuran. rindu pada suami juga membuatkan saya semakin rapat dgn naskah itu. Abang... ayang sentiasa doakan abang sihat dan selamat di sana. anak2 terlalu rindukan abang. kakak skrg tidur dah berselimut.selimut dengan kain pelikat abang. adik plk mesti nak ayang angkat dia macam 'baby'. yg selalu dia mintak abang angkat dulu tu...dia dah semakin pandai membuli kakak. kalau kakak buat dia marah mesti dia akan cakap "nnt babah marah kakak!!" hmmm... kdg2 terusik jugak hati bila dia ckp mcm tu. sentiasa teringatkan babah. abang... anak2 yg paling x sabar2 tunggu kepulangan abang. diaorg dah faham dan tau abang jauh dari sisi diaorg. adik slalu tanya ayang, "mi, babah keje jauh naik kapal terbang kan?? babah keje kat mana??" "LUBNAN, jauh sgt... lambat lg babah nak blk. adik jgn nakal2... nanti babah x nak balik baru tau..."ayang menyakat.. hmm.. 
selera makan anak2 pon x berapa memuaskan. dah puas ditukar menu hari2 ada je yg x kena. yg diorang mintak "megi babah". nak x nak buatkan la jugak sesekali. 


dah kul 2.30 pagi rupanya. kat lubnan masih awal lg. baru 9.30 mlm (28hb oktober). mesti abang tgh sibuk wat keje. maklum la keje 24 jam sehari 7 hr seminggu. x penah lagi tidur dikatil. hari2 tidur kat pejabat. xpe la bang.. dah keje kan?? janji abang jaga kesihatan, jaga makan minum, jaga solat. ayang saaaaaayang abang..
mata x bleh tgk tmpt lain.. tv... tv... tv...
dah besar pon nenen lg... tgk tgn dia dok kat mana... :)
ni plak suka sgt makan sambil baring.. huhuuu
anak comel umi n babah... :))

Isnin, 25 Oktober 2010

mungkin ini lah entry terakhir ku....

BILA CINTA...




anak2ku sayang.... maafkan umi





hari ketiga

Salam semua… jam dah menunjukkan angka 12.30 tgh mlm. Tadi mmg dah ngantuk giler. Tapi rengekan naufal yg nak nenen membantutkan saya nak tdo. So.. what to do??? Kemas kini blog lagi baik…  blh gak cik abang menjengah bila ada masa. Hari ni mood saya mmg tersangat lah baik… sbbnye smlm saya dapat berbual dengan abang dalam tipon. Terubat rasa rindu dendam. Huhuuu… besar jgk belanja nak berhubung guna handset nih. X blh la nak tipon selalu. Sesekali klu ada yg urgent tu boleh la… setakat nak tanye ‘abg wat ape? Sihat ke? Dah makan ke belum? dah mandi ke?’.... x payah la yer.. buang duit jer.  Ape yg penting bila dgr je suara abang yg gentleman tu terus sejuuukkkk je hati yg panas sjk beberapa hari ni.
**saya mmg terpikat kat suara tuan punya badan dulu klu u ouls nak tau…pastu hati budinya…sifat caring nye.. sifat tanggungjwb nye… keromantikannye hmmmm… sbb tu la ada yg gigit jari x dapat ‘bersuamikan’ hubby i… ok…. Heheee… sudah2 la jelesnye tu… x kemana pon. X baik dengki tgk kebahagiaan kitaorg ni. U dengki mcmmna pon i tetap maintain ngan hubby i.. x baik fitnah tau. ALLAH amat murka dgn org yg cuba meruntuhkan rumahtangga orang. 

baru nak masuk 4 hari abang kat sana tapi rasa mcm 4 bln... bukan apa.. jarang dapat berhubung tu yg terasa lama tu. nnt bila abang dah blh on9 mgkn x  terasa sgt. ni la dia bila x penah berenggang lama2. baru sehari x berhubung dah panas punggung. tercari2 jer. walaupun saya tau abang jauh beribu batu. saya sengaja biarkan baju yg dia pakai sewaktu dia bercuti hari tu tergantung di dinding bilik kami. sengaja saya biarkan di situ sbb bila masuk bilik dan terpandang baju abang saya tersenyum sendiri. rasa mcm baru semalam abang sangkutkan baju tu kat situ. biar la busuk sekalipon saya tetap akan biarkan disitu dan sesekali akan saya peluk dan cium sebagai pengubat rindu. abang ada berpesan sekiranya saya rasa teramat rindu padanya peluk cium anak bujang kesayangannya sebagai pengganti dirinya. 

kita bukak cite lain pulak.. masa abang bawak blk netbook yg baru dibeli saya rasa amat la cemburu tengok kat desktop nye ada 2 jam (waktu malaysia dan beirut, lubnan). huh!! saya pon nak jugak! dan sekarang saya pon dah ada 2 jam... senang nak tgk... hehehee
begini lah rupa desktopku... huhuuu...

Ahad, 24 Oktober 2010

hari kedua

Alahai ciannye suamiku yg tgh sibuk meng’handing over’ keje2. busy like hell katanye… huhuuu… tu mmg bz giler la tu. Makan pon x menentu. Tdo pon kat pejabat je. Xleh nak on9 lagi wat masa skrg ni. Pertamanya sbb mmg tgk sibuk giler dan yg kedua nye masih blm blh guna internet lg sbb blm daftar. Xpe lah… janji dpt kabar berita dari abang. 1 sms pon dah rm3. fuh !!! mahal tu… 10 msj dah rm30… hmmmm… msj benda yg penting2 je. Nnt dah blh on9 mggu dpn blh la nak sembang lama2.

Argggghh… Tekanan!! Tertekan!!! Ditekan!!! Tension!!! Bengang!!! Geram!!! Ape lg perkataan yg blh menggambarkan org yg tgh hadapi tekanan?? Hmmm… insyaALLAH. Selagi boleh bersabar. Bertahan je lah. Nnt bila dah lali dgn tekanan yg memdesak insyaALLAH hilang la rasa yg meresahkan hati ni. Makan masa tu… tgk lah… mungkin esok lusa bila dah berhenti si sangap tu mengganggu hidup aku… ok la tu.. aku pon malas nak pikir tentang kebangangan dan kebengapan dia yg mmg dah sewel yg suka menyusahkan hidup org lain. Buang masa tol layan org gila yg berpeel pelik nih. Buat org sakit kepala je… hati tgh panas mula la kepala nak sakit…

dah kul 12 mlm… kat lubnan baru jam 7 mlm. Dah makan ke belum si jantung hatiku ni? Makan tau sayang.. dah la musim sejuk skrg. Nnt sakit sape susah? Abang sendiri la yg susah. Ayang xde kat sana nak jaga. Jaga diri tau… jgn tinggal solat. Ayang akan sentiasa doakan keselamatan abang di sana, lubnan… bumi bergolak…




Jumaat, 22 Oktober 2010

hari pertama

Susahnye nak melelapkan mata malam tadi. Sesampai je kat rumah jam 1.30 pagi terus cas phone yg dah kehabisan bateri sejak bertolak balik dari subang. Bukak je phone… tu dia….4 msj dari abang masuk serentak. Abang dah selamat berlepas jam 12 tgh malam. Alhamdulillah. Semoga abang selamat tiba di destinasi yg di tuju. Sekarang ni sedang menunggu berita pertama dari abang. Rasa2nye sekarang ni belum sampai lg kat kem Koukaba di lubnan. Sekarang ni kat sana baru klu 9.00 pagi. Mungkin dalam 3 @ 4 jam lagi sampai kot kat sana. Bila la mood rajin nak datang ni ? makan kat luar lagi la nampaknye hari ni. Badan sakit2, kepala berdenyut2, mata berair (biasa la x kira masa dia nak meleleh… huhuuu…). Ingat pesan abang… aku kena tabah dan kuatkan semangat. Harus kuatkan semangat. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Yakin pada diri sendiri. CHAIYOKKKK !!!



Khamis, 14 Oktober 2010

malas

salam...
lama sungguh x update blog. bukan merajuk... sibuk pun bukan... cuma MALASSS.. hahaa... hmmm... nak tulis ape pon xde idea lg. hari ni, tinggal 2 hari je lg abang bercuti bersama saya dan anak2 sebelum berangkat semula ke kuantan. dan minggu depan 21 oktober 2010 dah nak terbang ke Lubnan. owhhh.. tidakkk!!! masa semakin suntuk. berat sungguh hati ini nak melepaskan abang pergi. abang cuma akan balik 4 bulan dari sekarang. lamanye.. walaupon byk cara untuk kami berhubung tapi mana nak sama bila dia dekat di sisi." SABAR..." itu lah satu2nye perkataan yg sering abang sebut. SKYPE, FACEBOOK, YM, EMAIL... kan ada.... ye... betul tu.. abang bukannye pegi makan angin.. tapi berkhidmat untuk negara...

hmmmm.. ngantok dah. lain kali sambung pulak. lupa pulak.
Note: puan nowwa... yg kes 2 hari lepas tu... dah settle. mmm.. nnt klu ada masa i stori mori kat u ok.. :)))


Selasa, 17 Ogos 2010

Selamat Berpuasa...

salam ramadhan...
selamat berpuasa kepada semua blogger yg beragama islam dan yg berpuasa... yg x pose tu.....bebawak ler pose ye... dah akil baligh pon x reti2 nak pose ker??? yg uzur syar'ie tu lain la citer..

hhmmm... nak masak ape petang ni? yg goreng2 je dah la.. nak makan sorang je pon ( + 2 orang budak kecik). klu abang ada syok gak nak masak sedap2.. kuey tiow goreng ker.... nasi goreng kampung... mee ladna.... bihun hailam... aaahhhh.... nasi goreng + telur mata lembu. cukup..


nak gi pasar ramadan cukup malas... sbb dari pagi dah puas meronda. pagi tadi kakak gi skolah mcm biasa. sampai skolah cikgu dia call suh ambik kat skolah. tiba2 demam panas. dah tu gi ler ambik dia terus bawak gi klinik. kat klinik punya la tunggu lama. rupa2nya ada 1 family yg dok dlm bilik doktor. tiga2 anak demam + batuk + selsema... huhu... sibbaik kakak demam je. x la lama sgt dok dlm bilik tu. adik dah sibuk ajak balik.  tapi kakak demand pulak nak gi giant... hmmm... ikutkan aje... sampai rumah ada bungkusan yg perlu diambil di pos office pulak... aduhhh... malas tol nak gi ambik. nak x nak pegi la jugak. baju anak si gmie dah sampai. bermula la keje2 menjahit beberapa pasang baju. ni first time ambik upah jahit baju. malas sebenarnya. tp boring la pulak dah xde baju nak dijahit. baju sendiri dah siap 3 pasang. gmie... u are my first customer.. hahahaha...



Enhanced by Zemanta

Isnin, 2 Ogos 2010

Tanpa


SALAM blogger...entry kali ni saya sertakan lagu TANPA dari SIXTH SENSE atas sebab tertentu.. setelah berhari2 saya rasa x tenang, fikiran berserabut, stress dan bermacam2 hal yg terjadi... kini saya kembali tenang dan ceria kerana masalah yg menimpa saya selama ni hanyalah rekaan seseorang untuk memusnahkan hubungan saya dan suami. Alhamdulillah saya dan suami kini aman tenang dan bahagia seperti sedia kala. Seandainya saya mengmbil jalan mudah lari dari masalah ini... x tau lah apa yang akan jadi pada suami. Dia amat2 menyintai dan menyayangi saya dan anak2. Jadi... lagu ini mewakili dirinya. sekiranya dia kehilangan saya dan anak2.... Bila saya menghayati lirik lagu ni... saya benar2 sedar yg dia amat2 memerlukan saya untuk sepanjang hidupnya. TERIMA KASIH SAYANG....

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati
hohoo…

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
Hohoo…

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti








Isnin, 26 Julai 2010

Because You Loved Me

Lagu ni amat memberi makna kepada hidup saya. teramat mendalam maksudnya dan saya dedikasikan lagu ni untuk insan tercinta... SHAHRIZAL ISMAIL... I LOVE YOU SAYANG...

For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I'll be forever thankful baby
You're the one who held me up
Never let me fall
You're the one who saw me through through it all

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me

You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love I had it all
I'm grateful for each day you gave me
Maybe I don't know that much
But I know this much is true
I was blessed because I was loved by you

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me

You were always there for me
The tender wind that carried me
A light in the dark shining your love into my life
You've been my inspiration
Through the lies you were the truth
My world is a better place because of you

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me

I'm everything I am
Because you loved me






Ahad, 25 Julai 2010

Ken Lee....



sedang saya berjalan2 dari blog ke blog... saya terjumpa dengan 1 entry yg membuatkan saya tersenyum dan ketawa sorang diri... penah tgk x clip ni? hahaha... ape la sengal...


Jumaat, 23 Julai 2010

Petua Hilangkan Stress



sape penah cuba petua di atas (seperti dalam gambar)? boleh release stress x? khabaq mai klu berjaya menghilangkan stress anda..... hahaha...


Khamis, 22 Julai 2010

Takde apa yg saya boleh buat kalau saya sakit kepala...

Tipu je kan... ni boleh lak memblogging nih... haha..
kepala ku pening gara2 panas hati dgn sipolan yang amat mengganggu fikiran... naper la dia perlu wujud dalam dunia nih..?? naper la si polan ni bangang yang teramat??? susah ker nak jadi orang baik2?? mcm aku?? huahuahuahua.... :D huh!! bongok nyer orang.. susah tol aku nak melelapkan mata.. terbayang2 jer muka sipolan yang haram x cun tu. suwei tol laaaa... nak termuntah dah aku nih. klu boleh nak lempar jer muntah aku ni kat muka dia... marahku dah naik ke kepala...dan mengenerate kesakitan yang boleh tahan sakitnya. badan pulak terasa seram sejuk... klu x makan ubat pastinya akan demam dengan teruk... hmmm... dah telan panadol 2 biji.. jap lagi nak lelap2 mata jap.. dah tghhari buta ni ... alamatnya mmg x masak la aku.... PAKCIK!! nasi bungkus tu jgn bagi sesaper... jap agi saya ambik.. hehe... nak order kat pakcik kedai bawah tu..

ABANGGGGGG..... lambatnya abang nak balik.. windu ler... nak bermanja2an nih... wahwahwah... kemain lg. kang ada lak yg jeles tahap cipan ngan aku kang nih.. lek la mek... laki aku tu... bukan laki ko..!!

nak titon... babai...









Enhanced by Zemanta

Rabu, 21 Julai 2010

Sabarrr....

Alhamdulillah saya masih boleh bersabar dengan karenah seorang cikgu yang amat2 saya benci. mungkin tahap kesabaran saya dah sampai ke tahap yang paling maksimum. x tau la lepas ni klu ada perkara yang membuatkan saya naik darah lagi... siap la kau cikgu... ada lagi yang harus saya lakukan untuk menyedarkan cikgu ni apa yang dia buat sebelum ni mengundang kemarahan yang teramat kepada saya.. HUH!!!

sebelum ni mana la penah aku maki hamun orang. tengok muka aku yang suci nih.... :)) orang x kan sangka aku boleh marah orang sampai tahap maki hamun... maki yang menusuk sampai kalbu.. haa.. jgn cuba menjolok sarang tebuan ok.... dari jauh mmg nampak cantik... bulat jer terlekat atas pokok.. klu x diusik x la kena sengat... tapi... cikgu ni berani pi jolok sarang tebuan tuh... haaaa... aku la sarang tebuan tu... yang hang berani sangat pasai apaaa...... huhu...

x payah la susah2 menegakkan benang yang basah lencun tu cikgu.... muka mcm kau tu ada ker orang percaya??


leann Rimes - how do i live

How do I,
Get through one night without you?
If I had to live without you,
What kind of life would that be?
Oh, I...
I need you in my arms, need you to hold,
You're my world, my heart, my soul,
If you ever leave,
Baby you would take away everything good in my life,
And tell me now
How do I live without you?
I want to know,
How do I breathe without you?
If you ever go,
How do I ever, ever survive?
How do I, how do I, oh how do I live?
Without you,
There'd be no sun in my sky,
There would be no love in my life,
There'd be no world left for me.
And I,
Baby I don't know what I would do,
I'd be lost if I lost you,
If you ever leave,
Baby you would take away everything real in my life,
And tell me now,
How do I live without you?
I want to know,
How do I breathe without you?
If you ever go,
How do I ever, ever survive?
How do I, how do I, oh how do I live?
Please tell me baby,
How do I go on?
If you ever leave,
Baby you would take away everything,
I need you with me,
Baby don't you know that you're everything,
Good in my life?
And tell me now,
How do I live without you,
I want to know,
How do I breathe without you?
If you ever go,
How do I ever, ever survive?
How do I, how do I, oh how do I live?
How do I live without you?
How do I live without you baby?





Selasa, 20 Julai 2010

Damai Yang Hilang (Nowseeheart)

InsyaAllah en suami akan ke Lubnan bulan 10 nnt.. jadi untuk menyedapkan hati saya... saya nyanyi2 sambil menghayati kesengsaraan dan keperitan hidup di bumi Lubnan dan jugak negara2 islam lain yang menjadi mangsa peperangan yahudi laknatullah.. Saya bangga dengan suami kerana dengan rela hati menyertai misi MALCON UNIFIL ini. Saya doakan dia pergi dan pulang dengan selamat. InsyaAllah...


Damai Yang Hilang

Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil mengoncangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan



Ahad, 18 Julai 2010

Bermula episod rindu merindu...

hari ni bermula lah episod rindu merindu antara aku dan abang. hehe... masa hantar abang tadi seboleh2nya x nak la Abang tengok aku nangis... tapi x boleh tahan jugak.. mengalir gak air mata mengiringi pemergian Abang ke kuantan... huhu... sebak bila abang banyak sangat tinggalkan pesan.

dalam masa 3 bulan pertama ni kira ok la lg sbb klu ada cuti 2 3 hari abang akan balik jengok aku dan anak2. Dia sekarang menjalani latihan di Kuantan sebelum berlepas ke Lubnan penghujung bulan 10 ni.. insyaAllah... Segala urusan rumah, kereta, motor dan sekolah izzatul dah jadi tanggungjawab aku sekarang. InsyaAllah.. aku akan uruskan sehabis baik. Abang tak perlu risaukan semua tu. Yang penting Abang concentrate dengan latihan Abang. segala pesanan Abang akan Ayang ingat dan begitu jugak Abang kena ingat semua pesanan Ayang... hehe.. macam la Abang x pernah hidup membujang dulu yer tak?? semua aku highlightkan.. bukan apa... dah jauh ni risau tetap ada. lagipun ubat2an kat rumah ni dah kehabisan jadi aku x bekalkan Abang ubat. xpelah.. abang balik lagi 2 minggukan...?? nnt akan ku siapkan semua ubat yang perlu abang bawak. hmmmm...

satu masalah jer ni... si basri ni aper aku nak buat kat budak sorang nih?? Basri?? saper dia??? adik ipar aku yang keje kat sini dah 3 @ 4 bulan. aku pon x ingat bila dia datang sini. hehe.. bukan ape.. dia ni dipaksa tinggal dengan Abang sbb klu dok kampung mmg x jadi orang. klu dok ngan abang boleh lah lagi dikawal segala tindak tanduk.. ni abang xde kat rumah takut perangai kampung dia datang balik. mampos la aku... dah la bapak mertuaku pesan kat aku dah tengok2 kan si Basri. mcm mana aku nak jinakkan budak yg x dengar kata nih?? tengok jer la semalam. dah kuar dari petang lepas balik keje balik kul 9 lebih... pastu kuar lg gi manjong jumpa kawan2. janji nak balik sebelum kul 12 tapi... hampeh... kul 1.30 pagi baru balik. orang risau kat dia balik lambat2 kang kena bawak gi balai saper nak jawab??? aku dah nasihatkan balik awal... klu jadi ape2 jangan nak menyusahkan aku. byk benda lain aku nak pikir. kang kena dok lokap jgn nak panggil aku... pi panggil Abah kau kek kelantan nun... den x nak bertanggungjawab!! Abang dah pesan awal2 lagi.. klu dia nak buat perangai lama dia... lantak... x payah masuk campur.. aper2 hal dia tanggung sendirik!! lega aku dengar... hehe..



Isnin, 5 Julai 2010

family gathering @ PD

Alhamdulillah... tercapai gak hasrat untuk berkumpul 1 keluarga besar Tuan Hj Ramli nih. susah sangat nak berkumpul. raya pon x tentu lg dapat jumpa semua. Abah, ibu, along lan n family, kak ngah n husband, aku n family, shidi n family, dik mer dan x lupa jugak adik susuan kami airene afzan n husband. si airene ni masa kecik dok kampung. arwah mak yg bg susu badan kat dia kebetulan shidi sama baya ngan dia. so... klu xde dia mcm x lengkap la kitaorang nye family. hari jumaat aku bertolak ke melaka umah airene. lepak2 dulu umah dia 1 mlm. sabtu pagi baru bertolak ke PD. yg lain2 bertolak dari destinasi berbeza dan berkumpul di Sunshine Bay Resort PD. pemandangan cantik tp yg x bestnye ada gerai jual arak lak tepi pantai tu. mengong tol... x leh la nak bersuka ria kat tepi pantai. petang sabtu mandi kat swimming pool. pagi ahad baru gi mandi laut. aku cam biasa la tukang ambik gambar. sesape nak tgk gambar klik kat sini. seronok sangat sampai x sedar dah sampai masa untuk pulang. sedihnyer... tp buat muka ceria la kang spoil mood org lainpulak. on the way balik lumut baru aku ada keberanian nak drive keta, ni la first time aku bawak hubby dok sebelah. tp bawak pun tak jauh. dari seremban sampai meru jer. jadi lah... lg pon keta pinjam... auto.. hehe.. keta dok kat member abang nak tukar cermin depan. masa abang gi KL hari tu cermin keta terkena batu. tu laaa... x nak bawak ayang gi KL skali. tu namanya "TULAH"... klu x... x der la cermin pecah... bumper pecah... adik jatuh.... klu diingat2kan balik... mmg agak marah bila abang x bawak aku skali gi KL. bukannye nak mengganggu urusan kerja dia... tp.....hmmm.. xper.. lain kali... aku nak mengekor jer mana dia pegi. biar ler dia nak kata aku ni QUEEN CONTROL ker... asal hati aku puassss... hahahaaa...













Related Posts with Thumbnails

Scrapbook at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com