Jumaat, 7 Ogos 2009

mom... i miss u so much!!!

di malam sepi (bukan malam... tp dah pgi pon....) aku terlalu rindukan arwah mak. dengar lagu exist 'untukmu ibu'... lagi la bertambah syahdu syahdan... sunyi sgt rasanye. aku teringat disaat2 akhir arwah mak.arwah mak idap kanser paru2, abdomen dan dah merebak ke byk tempat lain. aku x sempat nak berbual panjang dengan dia. kali terakhir aku cium pipi dia masa dia masih sedarkan diri... aku nak pergi UiTM melaka. ada kelas management. masa ni aku repeat paper mgt dgn audit. aku berulang dari seremban ke lendu. aku rasa berat hati nak ke kelas hari tu. aku terpaksa bermalam rumah member sbb ada kelas lg keesokan harinyer. masa ni aku x pakai henset. habis je kelas hari kedua aku terus balik seremban. sampai rumah cuma ada adik aku. shidi, tunggu aku balik. aku tanya dia mana sume orang? shidi cakap... sume dah g PPUM. mak dah tenat... tanpa berlengah aku terus gi PPUM. masa aku sampai arwah mak dah koma. dah tak bergerak lagi... aku menangis semahu-mahunye. x dapat aku bayangkan perasaan aku masa tu....sorry guys... aku x dapat nak teruskan cerita aku nih... mungkin lain kali.

Rabu, 5 Ogos 2009

jokes..hahaha...

hari ni aku nak kongsi lawak2 yang aku baca dlm website cite2 lawak. ada gak yang sama lawaknyer yg mcm dlm blog munna. x kisah la tu. koleksi ni jugak ada dalam FB aku. saje nak me'release' segala stress... 1 terapi minda... hahaha...

CARA-CARA NAK COVER MALU
1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.....

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....


Lawak 2
SUAMI : KENAPA SAYANG MENANGIS?
ISTERI : SAYA TELAH BACA SEBUAH BUKU. SAD ENDINGLAH BANG...
SUAMI : BUKU APA?
ISTERI : BUKU BANK ABANGLAH....

Lawak 3
Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia 4 tahun bersiar-siar. Menaiki kereta. Dalam perjalanan si ibu membunyikan hon.

Anak : Naper ibu bunyikan hon, saper org tu?
Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat.

Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.

Anak : Itupun sedara kiter jugak ke???

Lawak 4
Adalah seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma.

Lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Lawak 5
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan dengan awak. Saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........

Lawak 6
Dalam sebuah kebun ada bermacam-macam pokok buah-buahan, tiba-kebun kebun tu terbakar, semua buah-buahan musnah kecuali 3 buah je yang terselamat.. buah ape ek?

1. Buah Cempedak = diluar pagar
2. Buah Keranji = didalam perahu
3. Pisang Emas = dah dibawa belayar... jgn marah haaaa...

Lawak 7
Askar
Ada seorang lelaki tua berambut panjang.. bermisai lebat dan berjanggut panjang pergi kesebuah kedai gunting.. Wajahnya yang kusut masai itu umpama baru keluar dari persembunyian di hutan..

Lelaki tua : "Saya nak gunting rambut.. cukur misai dan janggut.."

Tukang gunting : "Rambut nak fesyen apa?"

Lelaki tua : "Potong pendek aje semuanya"

Tukang gunting itu mula memotong semua rambut.. misai dan janggut lelaki itu hingga selesai..

Tukang Gunting : "Pakcik... pakcik ni dulu seorang askar ya??"

Lelaki tua : "Iya.. mana kamu tahu nak....?"

Tukang gunting : "Saya baru saja berjumpa dengan topi askar di dalam rambut pakcik"

lawak 8
nenek udin
Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!
Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...
Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)
Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.
Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?
Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!
Udin: Nenek pegang kat mana?
Nenek: pagar rumah.
Udin: "$%^&(#....."

lawak 9
untung
Dalam siaran berita terkini disalah satu TV swasta, ada memuatkan berita rompakan di sebuah kedai elektronik di ibu kota. Kerugian dianggarkan berjumlah RM3 juta ringgit. Seorang pemberita dilihat sedang menemuramah pemilik kedai tersebut..

Pemberita: Berapakah kerugian yang Tokey alami kerana rompakan ini?
Tokey: Aiyaa gua lasa aaaa.. kila-kila.. 3 juta libeeh, tapi waa masih untung wooo...
Pemberita: Macammana pulak tokey boleh kata masih beruntung....?
Tokey: Gua masih beruntung aaa.. kilana itu keculian terjadi ini hali, bukan semalam aa..
Pemberita: "Habis tu apa bezanya semalam atau hari ini ..Tokey???
Tokey: Aiyaa kilana ini hari semua wa punya balang.. wa sudah kasi liskaun 50% semalam talak liskaun..

lawak 10
surat putus cinta
Timah ingin putuskan hubungan dengan boyfriend omputihnya melelui surat. Suratnya berbunyi begini:-

Hi,

My motive write dis letter to giv know u something. I want to CUT CONNECTION us. I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes. So, I break connection to PULL MY BODY from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK. I know I CLAP 1 HAND only. I don trust u again! U are really CROCDILE LAND! I don want u to PLAY-PLAY with my LIVER. I hav been crying until no more eye water. I don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES. SAFE WALK!The true,Timah

Terjemahan ayat Huruf Besar:
CUT CONNECTION - PUTUS HUBUNGAN
PLAY WOOD THREE - MAIN KAYU TIGA
PULL MY BODY - TARIK DIRI
COOK-COOK - MASAK-MASAK
CLAP 1 HAND - TEPUK SEBELAH TANGAN
CROCDILE LAND - BUAYA DARAT
BANANA TO FRUIT 2 TIMES - PISANG MASAK 2 KALI
SAFE WALK - SELAMAT JALAN

lawak 11
tahukah anda....

FAKTA
1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

hahaha hihihi huhuhu...

DCL LG...

aku mula guna dcl ni pun secara x sengaja... hehehe... mak mertua yang syorkan makan bidadari n suh bagi cucu2 dia makan d-gnius. baguih tak mak mertua aku? masa ni aku x jadi ahli lg. aku x tau pape pun pasal dcl. jd wat don't know je la. balik kg sekali lg dia tanya nak bidadari lg tak? aku ckp blh jgk. yang beli hari tu dah abis. d-gnius pun abis dah. jd dia cucuk hubby aku a.k.a anak dia laaaa... suh aku masuk ahli under dia. aku x tau pun. dah hubby aku isi borang n bayar yuran ahli sume... ikut dia laaa... dia yang sponsor. time ni pun aku x berapa tau lg dcl nih. satu hari sepupu aku datang rumah aku kat lumut. dia baru balik dari meeting kat ipoh nak bermalam kat rumah aku. aku nampak ler plastik dcl yg dia bwk. aku kata kat dia... "eh!! kak lang masuk dcl gak ke? kakteh dah masuk gak." dia punye la frust... sbbnyer hajat dia dtg umah aku selain dr nak jengok aku n tumpang tido 1 mlm ada hajat lain jgk... nak suh aku masuk dcl under dia... hahaha... kaklang lambat... baru sgt aku jd ahli under mak mertua aku. sape suh datang lambat.. kan dah melepas. sepupu akunye husband sekarang ni dah pangkat besar dah dlm dcl. klu x silap last aku jumpa dia 3 4 bln lepas dia dah dapat pangkat 'crown director'. 1 pencapaian yang tah bila aku nak dapat...hahaha... tp klu nak jd mcm abg zaidi (husband sepupu aku tu ler) alamatnyer berumah tangga dalam keta je laaa. 24 jam dok lam keta round 1 malaysia wat ceramah.

sejak aku jd ahli a.k.a pengedar bertauliah dcl, aku cuma guna untuk sendiri je. malas tol nak g promote kat orang. payah ckit nak influence orang2 dalam base nih. bila promote kat kengkawan ada jer alasan... pakcik dah masuk la... xde modal la... dulu dah masuk la (ahli yg dah kene terminate sbb x aktif..hehehe). ada jgk ahli yang aktif dlm base nih. aku perasan jgk dah ada stokis kat blok lain. siap pasang banting dcl sikit punyer besar... aku??? dah disebabkan aku malas nak bertandang rumah org.. aku buat kat cni je la... hahah.

bukan nak cakap kosong... produk yang aku dah guna (amazing, bidadari, air oxy-pi, nig'ella, red guara cafe, serbuk pencuci sa9, q-she, inte-cleanse, ry-ilex, epe lagi eh yg aku dah guna...???) mmg berkesan. bagus sgt. si izzatul ni hah contohnyer ada asma sejak dia umur 2 thn. pantang lasak sikit mesti kena. dah berape kali g spital sedut oksigen...ada sekali tu dia kena asma lps balik dari makan kfc. kat kfc tu ada tempat main gelongsong tu kan... dia main baru 15 minit dah tercungap2. aku ajak balik. mlm tu dia x blh tdo. asma dia teruk btl time tu. babah dia terpaksa jgk bawak dia gi spital kul 2 pagi. klu x sume org x blh tdo dah dia menangis x berenti. tension tol aku. mak mertua aku cadangkan bagi dia makan amazing campur dgn nig'ella. sesudu amazing dititik dengan 7-9 titik nig'ella. alhamdulillah... aku bagi dia makan 2 bln je... sekarang dah baik. sesape yang anak2 atau adik2 yang ada penyakit asma tu cuba la produk dcl nih. mujarab... klu x percaya xpe... aku x paksa... aku cuma berkongsi kebaikan dia jer.

yang bidadari pulak... sape yang amalkan hari2 makan 2 sudu 2 kali sehari... mmg akan rasa perbezaannyer. yang akan rasa si suami la... cuba try test tgk.... ada yang kena wat over time hari2 nnt... hahaha... mcm pengantin baru... yang pempuan cuba la... yang lelaki lak nak tau betapa hebatnyer bidadari ni bg la isteri anda makan... anda akan senyum sokmo... :-)

satu lg produk yg bagus serbuk pencuci sa9. korang tau kan hubby aku navy... skrg ni tengah kursus so dalam seminggu 4 hari pakai baju putih, 1 hari pakai baju biru. aku ni boleh tahan gak malasnye. malas nak menyental daki2 kat collar ngan lengan baju. sejak pakai sa9 ni aku x yah susah2 menyental. rendam je baju guna sa9 1 hari. pastu masuk mesin mcm biasa. dah la wangi.... baju putih mcm baru beli semalam.. hahah. klu terrrrendam lama pun baju x busuk tau. betullll.... aku dah wat eksperimen kat baju hubby aku.... kah kah kah.... yang sebenarnyer aku lupa nak basuh. rendam lama sgt... baunyer tetap wangi.

ok lah... nanti aku sambung lg yek. nak masak jap. dah tghari nih. kang membebel lak si babah naufal ngan izzatul nih.

Isnin, 3 Ogos 2009

RX WATER VS OXY-PI D'IONIK





Mana satu yang jadi pilihan??? Ni la nak khabaq mai… yang sebenarnyer sebelum aku mengenali produk2 DCL ni… aku dah guna Rx-water dulu… kalau nak diikutkan kebaikan antara kedua2 jenis penapis air ni, dua2 bagus. Tapi bagi aku air oxy-pi ni lebih kepada air untuk menyembuhkan penyakit. Sebagai contoh kalau anak2 aku selsema, aku akan guna air oxy-pi untuk buat susu diaorg. Memang mujarab. Kalau aku pening pun aku minum air oxy-pi ni je. Kata mak mertua aku, tak habis sebotol pun lagi minum air ni dah sedawa… angin dah keluar. Pi la baring kejap mesti x lama pastu pening hilang. Aku tak melawak eh… ni pengalaman aku sendiri… aku belum beli lagi penapis air oxy-pi ni. Tapi untuk kegunaan masa kecemasan… aku beli la kat Business Center atau stokis yang terdekat.

Rx water ni bukan x bagus… bagus jugak… air ni selain dari untuk kegunaan seharian aku guna untuk buat mandi anak2 kalau diaorang ada masalah gatal kulit. Anak2 aku ni selalu kena gatal2 kulit. Untuk tempoh 3 atau 4 hari aku akan guna air Rx-water sepenuhnye untuk memandikan anak2. jangan x percaya…. Gatal2 pada kulit diaorang akan hilang sepenuhnye lepas 3 4 hari aku mandikan dengan air ni.

Aku dah test sample air antara Rx-water, Bio-aura dan oxy-pi. Ternyata selepas ujian menentukan nilai pH ketiga2 air ni air Oxy-pi menunjukkan nilai pH yang paling tinggi iaitu pH 10 dan dua lagi air yang lain tu kurang 1 pH dari oxy-pi. Oxy-pi ni jugak adalah air kedua terbaik selepas air zam zam. Penapis Oxy-pi dan Bio-aura ada 6 buah filter TAPI… Rx water cuma 4 filter... tp bagus jugak untuk kegunaan harian. MMMMmmmm….. Lu pikir la sendiri mana yang baik untuk kegunaan korang ye…

Hehehe… ni untuk masa2 kecemasan.

Khas untuk yang berminat untuk menggunakan Oxy-pi d’ionik
350 ml sebotol.
W.M RM 7.90 untuk 2 botol (customer price).
E.M RM 9.20 untuk 2 botol (customer price)
W.M RM 90.80 untuk 24 botol (sekotak)
E.M RM 105.80 untuk 24 botol (sekotak)

Nak tau harga ahli??? Jadi la ahli dulu… baru tau bezanyer. Hehehe.. lebih kurang 15% hingga 20% kurang dari harga pelanggan. Tertakluk kepada jenis produk. Banyak kelebihan kalau jadi ahli DCL. Selain dapat beli produk DCL dengan harga murah, kita jugak akan dapat untung runcit ±20% kalau kata jadi pengedar. Ada jugak pelan pemasaran yang menguntungkan. Selain tu, DCL juga ada skim khairat sekiranya ahli meninggal dunia. DCL jugak menubuhkan Tabung Jihad, Tabung Kebajikan Rakan Niaga dan juga Tabung Kemanusiaan Palestin bagi memudahkan ahli2 menunaikan kewajipan bersedekah.

Tu serba sedikit tentang DCL. Nak tau lebih banyak… ?? nanti akan ceritakan jgk di page yang lain ye… sekian dulu untuk hari ni… babaiiii….

Sabtu, 1 Ogos 2009

Nasi ayam special…

Aduh… kenyangnyer perut… cancel diet aku hari ni. Nasi ayam punye pasal. Hahaha… yang specialnyer tang ayam tu hah… tp pasal ape dalam gambar yg aku ambik ni nampak gelap ckit ??? ape2 pun rasanyer mmg menyelerakan. Ada yang dah terliur ke ??? nak ke resepi nyer ? boleh la bg tp x complete sgt la ye… Untuk ayamnyer…Tengok gambornyer dulu… jangan terperanjat !!! ‘100 plus’ tu bukan aku nak minum tp termasuk dlm resepi ni ye…
Nampak tak ?dalam pinggan bujur tu… serai, bawang putih, bawang merah, halia, serbuk lada hitam, garam, jintan manis dan jintan putih… dalam piring bulat tu sos tiram 3 4 sudu besar, madu dan air ‘100 plus’. Klu xde ‘sprite’ pun xpe. Blend je sume bahan2 ni untuk wat perap ayam. Perap la dalam 2 3 jam. Air 100 plus tu jangan ler letak sume skali. Agak2 ler dalam setengah atau secawan je. Ayamnye pulak x la byk sgt aku buat. Dalam 6 ketul je. Dah perap goreng la cam biasa. Nak bakar pun boleh. Lagi sedap.

Nasinyer pulak aku masak cam biasa. Basuh beras cam biasa…dah sukat air baru letak bahan2 lain. Aku tambah pewarna kuning ckit (x payah letak byk sgt), kiub pati ayam seketul, butter 1 sudu (majerin pun boleh… dah xde sgt tuang je la minyak masak tu skit…), halia, n daun pandan. Masak dulu sampai menggelegak… ada lg tambahan… tumis bawang besar sampai kekuningan. Xde bwg besar bwg merah pun boleh. Nasi dah menggelegak baru letak bwg yg ditumis tu…. Gaul la kejap… pastu tunggu nasi masak je la… aksesori yg lain timun, tomato, daun salad (stok xde), sup ayam, kicap dan cili merah yg di blend dan dicampur dgn bwg putih, garam gula dan sedikit limau nipis. Dah siap.

Puting botol susu X-CUT


Pernah gunakan puting ni??? Kepada ibu2 yang bagi anak2 susu botol…Aku syorkan semua ibu2 bertukar kepada penggunaan puting x-cut ni. Teramat bagus untuk baby baru lahir dan anak2 yang sedang membesar. Kita pernah dengar kematian baby disebabkan tersedak susu kan. Salah satu sebabnye ialah penggunaan puting susu yang biasa (berlubang). Bila baby dah tidur dan botol susu x dialihkan dari mulut, susu akan menitik keluar dari botol sebab tiada penghalang untuk air susu mengalir. Bayangkan sekiranya terlalu banyak air susu terkumpul dalam mulut baby dan tanpa disedari baby akan tersedak dan paling malang sekali sekiranya baby tu lemas dan tak boleh bernafas hanya disebabkan dia tersedak susu yang diberi oleh kita sendiri. Dulu bila aku dengar berita kematian baby disebabkan tersedak susu cukup mengerikan aku. Aku selalu pastikan botol susu dialihkan dari mulut anak2 aku bila diaorang dah tidur. Tp sekarang x perlu lg sebab aku dah bertukar kepada penggunaan puting susu x-cut. Betul… aku x tipu… air tak mengalir kalau baby x sedut puting tu. Kalau ditonggengkan ke bawah pun air tak tumpah. Bagi ibu2 yang dah menggunakannye tau lah kebaikan putting x-cut nih. Harganyer pun sama je. Xde beza dengan puting yang biasa. Tapi tak semua pasaraya menjual putting x-cut nih. Jarang sangat jumpa kat Giant dan Tesco. Aku slalu beli kat econsave, billion, butik anakku, kedai aksesori barangan nany pun ada jual. Tang jenama tu rasa2nyer sume jenama terkenal barangan baby ada jual putting jenis ni. Contohnyer Anakku, Pureen, Fitty, Bebe, ape lg ek… aku slalu gunakan 4 jenama ni. Cuba lah ye.. anda pasti xkan mengesal…
Related Posts with Thumbnails

Scrapbook at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com