Isnin, 26 April 2010

siaran terlewat

kenape siaran terlewat? lambat hantar izzatul gi skolah. sepatutnya awal thn lagi dah hantar...

hari ni hari pertama izzatul ke skolah. hantar kat skolah luar. lebih terperinci lagi TADIKA BINTANG BARU (SHINING STARS) kat manjong. dah lama nak hantar tp si babahnye sibuk mengalahkan menteri, hari ni ambik cuti sehari sbb nak hantar izzatul ke sekolah. hari2 berikutnya ada van datang ambik pegi balik. babah nak mintak cuti sehari pon bertekak dgn pegawai dulu baru dapat cuti. sehari je pon. kecoh la lu mat!!! nak blah pon nak menyusahkan org lagi. mintak2 pegawai baru babah nnt ok la sikit. almaklum laaa... x lama lg babah nak cuti seminggu (cuti menyambung) nak balik kampung. lama sungguh dah x balik nih...
yuran skolah kakak... mengalahkan budak nak masuk Smart Readers. tp umi x kisah asalkan dapat tempatkan kakak kat skolah terbaik. belajar rerajin yer... esok dan hari seterusnya kakak kena bangun pagi2. dah x leh nak bangun lewat cam slalu. tadi gi lewat sikit sbb first day school. headmistress suh pi lambat sikit. lambat x lambat jugak kul 8.30 pg dah terpacak depan skolah. esok 7.30 pg van dah datang ambik. kelas start kul 8 pg sampai 12 tghari. eh... cam aku lak nak skolah... :)) excited. anak dah skolah... thn depan naufal masuk 4 thn. nak hantar dia kat skolah tu jugak. bagi dia masuk awal sikit. td pon sibuk nak ikut kakak... mana boleh... adik teman umi je kat rumah. hehe..
Related Posts with Thumbnails