Rabu, 30 Jun 2010

-: mampukah aku... :-

mengalir lagi airmata ini bila membaca entry terbaru zura. sarat menanggung rindu pada arwah suami. sebak x terkata. apa yang mampu saya katakan padanya. sedangkan saya juga akan mengalami keadaan sedemikian 3 bulan dari sekarang. tapi penantian saya insyaAllah ada penghujungnya.

Reaksi pertama bila saya dapat tahu abang akan ke Lubnan... saya menangis semahu-mahunya. macam2 yang saya fikirkan. tapi lama kelamaan bila dipujuk abang saya mengerti. pemergiannya bukan untuk menjauhkan diri apatah lagi untuk melepaskan tanggungjawab terhadap keluarga. abang pergi ke Lubnan mencari rezki. untuk kesenangan kami sekeluarga. apa yang perlu saya lakukan setelah abang bertolak ke lubnan hanyalah mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan bersabar menunggunya pulang kepangkuan kami. persoalannya sekarang adakah saya mampu menanggung kerinduan selama 9 bulan. walaupun kami masih boleh berhubung melalui facebook hati saya tetap risaukan dirinya yang jauh beribu batu. makan minum, sakit pening... saya tiada di sisi untuk menyediakan keperluan hariannya. sedangkan bila abang mengadu pening kepala atau x sedap badan saya dah kelam kabut mencarikan panadol untuknya. memicit2 kepala atau mengurut badan walaupun saya x ada kemahiran mengurut langsung. saya sedaya upaya akan membuatkannya selesa.

masa yang tersisa ini saya x akan lepaskan peluang untuk membuatkan abang bahagia. saya akui dan amat pasti semakin hari semakin saya menyintainya. Saya amat pasti... saya rasa amat bahagia bila berada di sisinya. Walaupun ada perkara yang mengundang resah di hati saya sejak kebelakangan ini. saya berusaha menghilangkan perasaan itu. Saya mahu lupakan segala masalah yg mengganggu fikiran saya. peristiwa pahit yang dilalui oleh sahabat saya Azura Ahmad membuatkan saya sedar, saya tidak seharusnya mensia-siakan masa yang ada untuk berbakti pada suami, menyayanginya dengan ikhlas dan sepenuh hati, memberikan yang terbaik untuknya, menjadi isteri yg solehah dan tak lupa juga untuk menjadi umi yg terbaik untuk anak2.

abang,
Ayang akan sentiasa doakan kesejahteraan dan keselamatan abang si sana. jaga diri Abang dan sentiasa ingat bahawa Ayang dan anak2 akan selalu merindui abang. Cuma 1 yang ayang mintak abang buktikan yang dihati abang cuma ada ayang dan anak2 seperti mana yang pernah abang katakan dulu.



Isnin, 28 Jun 2010

Tangan Naufal Bersimen...

buleh sonyum lg...

alahai anak omakkk.... kenapa la main beskal pon buas sangat.. umi da cakap jangan bawak basikal main kat luar tp adik ngan kakak x nak dengar cakap mi.. yg adik pon satu. merempit kat koridor tu apasal?? kan dah jatuh. hmmm.... susah hati mi dibuatnye. alhamdulillah xde ape2 yg serius sangat tp.... terseliuh la jugak siku naufal yg belah kiri. dan nasibbaik jugak lah babah dah nak sampai rumah semalam dari KL. kesian babah adik x hilang lagi penat dah kena hantar gi spital. lambat pulak tu. klu nak ceritakan secara detail mmg menyakitkan hati. tau la doktor on call. tp klu menunggu sampai berjam2 maunyer x marah. dengan kakitangan yg x cukup nak simen tangan adik kena tolak kes gi spital manjong pulak. tensennyer la umi adik nih... adik pulak nangis nak balik. dah pukul 10.30 mlm masih belum dapat simen tangan dia lg. dengan perut umi ngan babah yg berkeriuk x makan mlm lg (abang balik kul 8 lebih. mandi kejap terus gi HAT). at last... kul 11 mlm baru tangan disimen. huh!!! jenuh menunggu. balik rumah jer terus melantak. malam pulak adik x blh tidur lena. mana xnye tangan dah berat sebelah. mula2 dia kata dia panas... umi bukakkan kain anduh dia. pastu dia mintak mi bukakkan simen... waaaa... x pek umi nak nolong eh doh.. dia cakap tangan adik dah x sakit... tolong la bukan mi... huhu... puas ler umi memujuk mlm td. entah berapa jam jer mi dapat tidur. nak tidur jap la. ngantuk sungguh...

Sabtu, 26 Jun 2010

Abang nak gi Lubnan!!! WAaaaaaa :'(

salam semua.. xde ape yg menarik untuk diupdatekan. melainkan xtvt baru berkepit dengan mesin jahit yg baru beli tuh... hehe... macam2 yg dijahit. termasuklah menyiapkan sepasang baju rayaku.. siap dah sepasang. dan akan menyusul lagi beberapa pasang x masuk lg baju izzatul dan naufal. naufal punye baju melayu baru siap potong. esok nak jahit tepi kat rumah kak ina. langsir baru dah siap gantung.. perghhh... purple ok... lebihan kain langsir buat sarung kusyen. bukan kusyen kecik2 tu ok... kusyen kerusi rotan tu. hmmm.. biasa la hak kerajaan payah nak dapat sarung baru. baik aku jahit sendiri. hmm... sepatern la dengan langsir... layan..
jarang dapat online facebook sbb rasa mcm banyak je keje lepas balik cuti skolah hari tu. kadang2 tu menjahit sambil berFB. haaa.. camno tu?? apo susah. skrg dah ada bilik khas untukku. huhu... bilik yg dipanggil BILIK OPERASI. walaupun sempit tapi aku suka berkubang dlm bilik ni. hari ni semalaman memerap dalam bilik menggunting kain baju melayu naufal. pastu scanning gambar2 lama...(kunun2nye nak tayang kat FB.. nanti lah...) pastu dok menyekodeng blog kengkawan. mula2 blog juya... meleleh jer airmata sesambil baca n3 dia. pastu nowwa... seronokner dapat jenjalan ke china. mata ala2 garfield dah. ingatkan lepas bukak 1 blog lagi ni nak bobom. tapi makin segar bugar pulak mata nih. nak tau blog saper?? tu.. blog waled tu... hehe.. sorry bang am.. suka sangat dengar lagu Maher Zain tu sampai membuai2 perasaan.
harus saya berhenti menekan kekunci di laptop ni sebab pinggang saya rasa macam nak patah sbb duduk terlalu lama. nak baring dan tidur dengan lena. harap2 izzatul n naufal x bgn merengek nak susu. klu x... adoi...yai.. oooo... lupa nak bagitau encik shahrizal ismail kekasih hatiku tiada di rumah kerana menghadiri kursus 2 hari di kem sungai besi. dan 1 lagi berita gemparrrr.... dia juga diterima untuk berkhidmat di LUBNAN... oohhhhh... tidakkkk.... aku bakal ditinggalkan sendirian untuk beberapa bulan. hmmm... lambat lg... klu jadi bln 10 :'(

nak tido!! babai...

Isnin, 21 Jun 2010

al-Fatihah

lama sungguh saya mencari kata2 yg sesuai untuk diucapkan kepada sahabat saya yang baru kehilangan suami jumaat lepas. sebak sungguh membaca n3 dlm blog beliau. untuk sahabatku Azura Ahmad, semoga tabah mengharungi hari2 mendatang tanpa suami di sisi. redhalah dengan pemergiannya. kuatkan iman. Ya Allah... berikanlah kekuatan buat sahabatku ini. Kau cucurilah roh en. norazman bin md. saad dan tempatkanlah dia di sisi-Mu.... AL-FATIHAH
Related Posts with Thumbnails

Scrapbook at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com