Rabu, 30 Jun 2010

-: mampukah aku... :-

mengalir lagi airmata ini bila membaca entry terbaru zura. sarat menanggung rindu pada arwah suami. sebak x terkata. apa yang mampu saya katakan padanya. sedangkan saya juga akan mengalami keadaan sedemikian 3 bulan dari sekarang. tapi penantian saya insyaAllah ada penghujungnya.

Reaksi pertama bila saya dapat tahu abang akan ke Lubnan... saya menangis semahu-mahunya. macam2 yang saya fikirkan. tapi lama kelamaan bila dipujuk abang saya mengerti. pemergiannya bukan untuk menjauhkan diri apatah lagi untuk melepaskan tanggungjawab terhadap keluarga. abang pergi ke Lubnan mencari rezki. untuk kesenangan kami sekeluarga. apa yang perlu saya lakukan setelah abang bertolak ke lubnan hanyalah mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan bersabar menunggunya pulang kepangkuan kami. persoalannya sekarang adakah saya mampu menanggung kerinduan selama 9 bulan. walaupun kami masih boleh berhubung melalui facebook hati saya tetap risaukan dirinya yang jauh beribu batu. makan minum, sakit pening... saya tiada di sisi untuk menyediakan keperluan hariannya. sedangkan bila abang mengadu pening kepala atau x sedap badan saya dah kelam kabut mencarikan panadol untuknya. memicit2 kepala atau mengurut badan walaupun saya x ada kemahiran mengurut langsung. saya sedaya upaya akan membuatkannya selesa.

masa yang tersisa ini saya x akan lepaskan peluang untuk membuatkan abang bahagia. saya akui dan amat pasti semakin hari semakin saya menyintainya. Saya amat pasti... saya rasa amat bahagia bila berada di sisinya. Walaupun ada perkara yang mengundang resah di hati saya sejak kebelakangan ini. saya berusaha menghilangkan perasaan itu. Saya mahu lupakan segala masalah yg mengganggu fikiran saya. peristiwa pahit yang dilalui oleh sahabat saya Azura Ahmad membuatkan saya sedar, saya tidak seharusnya mensia-siakan masa yang ada untuk berbakti pada suami, menyayanginya dengan ikhlas dan sepenuh hati, memberikan yang terbaik untuknya, menjadi isteri yg solehah dan tak lupa juga untuk menjadi umi yg terbaik untuk anak2.

abang,
Ayang akan sentiasa doakan kesejahteraan dan keselamatan abang si sana. jaga diri Abang dan sentiasa ingat bahawa Ayang dan anak2 akan selalu merindui abang. Cuma 1 yang ayang mintak abang buktikan yang dihati abang cuma ada ayang dan anak2 seperti mana yang pernah abang katakan dulu.



2 ulasan:

Dessert Queen berkata...

Kan..kan..kan..aku rasa kematian arwah banyak menyedarkan aku jugak..aku rasa level sabar aku ni dah maksimum dah sekarang..hari2 kalau boleh nak pastikan aku cakap benda yang elok-elok je..taknak menyesal kemudian hari..

Sampai skrg laki den naik rimas dah..kojap2 sms..kojap2 telepon..kojap2 cakap I love u..hahaha

Dulu takdela mcm tu sangat,tapi aku takut kalau aku tak smpat ucap perkara baik-baik atau nk mintak maaf kat dia...

seha berkata...

setuju sangat ngan kau nowwa. mmg ada benda yg nak aku marahkan kat laki aku tp aku sabar jer. malas dah nak gaduh2 marah2 ni takut dia kecik ati plak.. bertambahhhh dosa aku... skrg asyik nak berkepit je.. kejap2 i love u... kejap2 i sayang u... (kena la lebihkan mood romantik untuk beberapa bln nih.. heheheee)

Related Posts with Thumbnails

Scrapbook at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com