Jumaat, 31 Julai 2009

aktiviti hari ini

rasa2 mcm nak nyanyi ler... hahaha...
jom nyanyi sama2.


LUCKY
Do you hear me
I’m taking to you
Across the water
Across the deep blue ocean
Under the open sky
Oh my, baby I’m trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper
Across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier
When life gets hard

I’m lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again

Ooohh oooooh oooh ooooooh ooooooh ooh ooh

They don’t know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I’ll wait for you I promise you
I will

I’m lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we’ve in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I’m sailing through the sea
To an island where we’ll meet
You’ll hear the music fill the air
I’ll put a flower in your hair
Through the breezes through trees
Move so pretty you’re all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I’m lucky I’m in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we’ve in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

saje2 nak letak gambar... xde kaitan pun. hahaha...

Khamis, 30 Julai 2009

menu hari ini

Nasi lemak pandra…

Takde yang istimewa sgt pun tentang menu hari ni. Tapi cik abang cukup suka sambalnyer sbb aku campur sekali ikan bilis yang digoreng garing. Ni cara mak mertua aku masak sambal untuk nasi lemak. So tak yah ler asingkan ikan bilis gorengnyer. Bila makan tu…. Alamak…enak sekali… tp kena goreng garing2 la bilisnye. Klu x bila makan rasa liat nak lemau… eh betul ke ape aku tulis nih…?? Rasa liat yg kurang sedap la… Disebabkan cik abang x suka makan kacang.. takde la kacangnyer. Lgpun kacang tanah xde dalam stok. Cara masak nasinye pun biasa je… Cuma aku guna santan, bawang merah, halia, garam ckit dengan daun pandan. Kalau korang sume nak tau… sebelum aku kawin aku mana reti bab masak2 ni… sampai sekarang pun kadang2 nak masak lauk yang tak biasa masak tu tengok buku resepi lg. hahaha… tang sambalnyer aku tumbuk lumat bawang merah, bawang putih, belacan dgn halia ckit. Kebiasaannyer orang tak letak halia kan… tapi ni lah cara aku masak. Halia tu bagus untuk kesihatan… buang angin… bahan2 lain yang biasa je… cili giling atau cili boh, bawang besar hiris nipis, garam ngan gula. Bahan2 lainnyer timun, telur rebus dan ayam goreng. Simple je kan. Cara nak masak… lu pikir la sendiri… xkan tu pun nak ajar.. hahahaha…kadang2 sambal tu aku tukar2 kan jgk. Wat sambal udang ke… sambal sotong ke… sambal sardin ke… ikut ape yang ada dlm simpanan. Mmm… aku x leh nak makan banyak2. tengah diet nih!! Perut dah macam orang mengandung 5 bulan jek. Untuk menjaga kesihatan…guna la minyak jagung atau minyak sayuran yang ada dipasaran. Mahal ckit pun xpe la kan… untuk jaga kesihatan jgk… nasi lemak ni aku bagi nama “nasi lemak pandra” sebab………suka hati aku ler nak bagi nama apa pun kat resepi aku…

nanti aku nak bagi resepi nasi ayam special pulak yer. Tunggu je lah. Klu aku masak nasi ayam nnt ada la aku letak kat blog ni. Nasi ayam mmg favourite aku 1 family. Lebih2 lagi si naufal ngan babah dia ni. Suka betul makan nasi ayam yg aku masak. Sumber resepinyer x lain dan tak bukan dari best friend aku ler yang jauh kat sandakan skrg nih. Si mimi…

Selasa, 28 Julai 2009

Puteraku MUHAMMAD NAUFAL HAKIM

Puteriku Izzatul baru berusia setahun bila aku disahkan hamil kandungan kedua. Alhamdulillah… aku mmg x pernah buat perancangan keluarga. X kisah la rapat pun kali ni. At least ada jgk kawan Izzatul nanti. Masa ni aku dah pindah KK. Aku x tau pun yg aku mengandung. Sehinggalah suatu pagi aku muntah kuning. Terus terdetik dlm hati. Ni mesti mengandung nih. Tanpa berlengah aku ajak hubby g wat UPT kat klinik kesihatan Inanam. And the result…..positive. aku x mengalami alahan yang teruk. Mengandung kali ni mmg xde masalah. Dari awal kandungan sampai lah saat2 nak melahirkan. Mungkin sebab jarak kelahiran yang rapat. Dan mungkin jgk baby aku kali ni baby boy…..

Aku due bersalin kali ni pada 16 Mei 2007. tapi sampai ke saat hari due pun xde tanda2 aku nak melahirkan. Nurse suruh tunggu seminggu lagi kalau xde rasa sakit jgk. Tepat seminggu lepas tu…23 hb Mei jam 8 pagi… perut dah mula sakit… tp masih boleh tahan lagi…larat lg wat keje rumah. Time ni aku dah x duduk Inanam. Pangkalan TLDM Sepanggar dah dibuka dan semua kena dok dalam base. Untuk pengetahuan semua…jalan utama ke Sepanggar masih dalam pembinaan. Teruk sangat jalannyer. Nak x nak kena go ahead gak la. Kul 1 lebih aku bertolak dari rumah. Sempat lagi singgah kat Giant Likas beli pampers baby. Perjalanan ke Hospital Likas memakan masa hampir 45 minit.


Lebih kurang kul 2.30 ptg doktor dtg cek perut. Doctor cakap jantung baby x kuat…kena masuk labour room terus. Kalau perlu kena operate. YA ALLAH… selamatkanlah anak dalam kandunganku ini. aku dah mula menggigil. Jangan la terjadi apa2 yang x elok… kul 2.45 aku masuk labour room. Nurse masukkan ubat untuk mempercepatkan proses bersalin. Klu bukaan rahim lambat aku terpaksa di operate. X sampai 2 jam aku rasa dah x boleh tahan lagi.Terus panggil nurse. Bila nurse cek bukaan rahim dah 10 cm. Alhamdulillah… x perlu aku tunggu lama lagi. Masa ni hubby tunggu kat luar sbb Izzatul ada skali. Jadi aku keseorangan la kat bilik bersalin tu di temani oleh nurse2 dan doctor pelatih yang ramah dan baik hati. “ok kak… dah boleh teran ye….” Kata JMT PRESYLLA. Nurse yang sambut baby aku. Dengan sekali teran keluarlah seorang lagi ahli baru dalam keluarga aku… baby seberat 3.0 kg… sama berat ngan Izzatul masa lahir. Kuat betul dia menangis. Aku tanya nurse tu lelaki ke pempuan nurse??? “Jap ye kak… saya bersihkan dulu baby ni… agak2nyer bila dengar suara dia ni suara lelaki ke perempuan??” Dia tanye aku balik… “lelaki kot…” aku agak. “ok kak… tengok sendiri ye jantina baby ni…” sambil letakkan baby atas dada aku. Betul tekaan aku selama ni. Baby boy… dapat sepasang… yahoooo….seronok sgt rasanyer. Hilang rasa sakit…

Nama ape nak bagi ek??? Dulu aku dah janji kalau anak lelaki hubby aku yang bagikan nama. Tp ada jgk 2 3 nama yang aku sediakan. Last skali pilih punye pilih nama yang aku suggest jgk yang menjadi pilihan. MUHAMMAD NAUFAL HAKIM BIN SHAHRIZAL. Hehehe…. Nampaknye lepas ni x de chance la aku nak bagi nama anak lagi.

Puteriku NUR IZZATUL YASMIN

Puteriku yang sulung lahir pada 25 ogos 2005. aku yang pilih nama dia sebab aku ada perjanjian ngan hubby aku. Kalau lelaki dia yang pilih namanye. Tp kalau pompuan aku yang akan bagi nama. Jadi bila yang kuarnyer pompuan aku bagi nama Nur Izzatul Yasmin bin Shahrizal.
Aku kawin ngan hubby aku pada 16 Februari 2004. masa ni hubby keje kat labuan. lepas kawin aku x terus ikut dia. Dok ngan mertua kat kelantan dulu. Aku gi labuan lebih kurang 3 bulan lepas nikah. Pada harijadi aku yang ke 26 tahun aku mulakan hidup berdua di labuan. Jauh dari keluarga dan saudara mara. Sedih jgk mulanyer. Tp ape boleh buat dah kawin dgn navy. Mana je dia pegi aku kena ikut la. Selepas 10 bulan menunggu, berita gembira tiba jugak. Aku mengandungkan anak pertama. 3 bulan pertama mmg teruk akunyer alahan. Tahap gaban. Berat badan turun 2 kg lebih. Ape saje makanan yang masuk…x sempat nak cerna lg dah muntah… tp mujur la susu yang aku minum x kuar balik. Masuk je bulan ke 4 dan seterusnyer selera makan aku pulak yang tahap gaban. Pantang jumpa… sume belasah. Alhamdulillah kandungan sihat dan membesar dgn sempurna...


Kat mana nak bersalin nih??? Lama aku bincang ngan hubby. Nak bersalin kat Labuan, dia xde pengalaman nak jaga org bersalin. Family nak datang pun susah. Jadi keputusan muktamadnyer balik Kelantan.. masa usia kandungan dah 7 bulan aku pun terbang balik Kelantan. Kenapa x balik n.9? xde sape kat kg. bang long ngan family ada la… tp malas la pulak nak travel jauh dari Kelantan. Tau je la time mengandung ni bukan boleh duduk lama sgt. Sakit pinggang. Lagi pun mak mertua yg beriya suruh aku bersalin di kelantan. Dia nak jaga aku ngan baby. Aku di jangka bersalin pada 28 Ogos 2004. Alhamdulillah hubby dapat balik 2 minggu sebelum aku due.

Masa hari dah semakin hampir untuk melahirkan…perut dah rasa sakit2. tau je la first time pregnancy mana la aku tau sakit nak bersalin rasa mcmmana. 22hb aku g spital. Doktor siap tahan aku dlm wad. Ingatkan dah nak bersalin tp baby ni main2 je. X nak kuar lg. Keesokan hr nyer aku kuar spital. 2 hari lepas tu perut aku sakit lg. Kali ni kuat ckit. Takut ape2 jadi kat baby aku g spital. Masih lagi baby nak main2. tp bila doctor cek dah ada bukaan 3 cm. nak kena tunggu beberapa jam lg sbb labour room penuh. Dari pagi aku tunggu xde bilik yang kosong. So nurse bagi aku ubat tahan sakit. Dah kene sejarum ngantuk pulak mata… tdo la jawabnyer. Bila bgn je tdo.. alamak… pasal ape x rasa sakit langsung ni? Jam dah menunjukkan jam 12.30 tgh mlm, 25 hb ogos. Nurse panggil masuk labour room. Aku bgtau dia aku x sakit perut pun… dia ckp.. xpe.. bila dah masuk labour room ni…mcmana pun kena bersalin jgk. Aku dah mula berpeluh. Time ni hubby kat rumah. Mak mertua yang temankan aku. Kul 1 pg nurse masukkan air dan sedas lagi injection. Untuk mempercepatkan rasa sakit… sejam… 2 jam… 3 jam… aduh… dah tak boleh tahan sakitnyer…aku panggil nurse suh panggil waris aku kat luar. Mak mertua aku yang masuk… alamak hubby aku x dtg lg… mak mertua aku ingat aku lom nak bersalin. Aku curi2 tipon hubby suh dia dtg. Tau je la dlm labour room mana boleh pakai tipon. Dah alang2 mak mertua yang ada temankan… dia la yang sambut baby… tepat jam 5.25 pagi dengan berat 3.0 kg, puteri sulungku lahir kedunia dengan sihat dan sempurna…proses kelahiran berjalan lancar dan perkara pertama baby aku buat lepas dia kuar bukannyer menangis…Tp BERSIN!!! Sume org dlm bilik tu ketawa…Lepas bersin baru dengar tangisannyer yang nyaring… Alhamdulillah…

relax jap

SEKILAS PANDANG

  • Halia
    Membantu untuk menghadamkan makanan.

  • Membuang angin yang terdapat dalam usus kecil dan besar.

  • Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum.

  • Mampu menurunkan kadar kolestrol dalam darah.

  • Untuk ibu2 yang mengalami morning sickness, halia mampu merawat loya


    Teh
    o TEH + LIMAU = masam yang sihat
    Campuran ini mampu mengelak serangan kanser dan Membantu penyerapan zat besi. Kandungan vitamin C dalam limau dapat mencegah tekanan darah tinggi selain memberi kesegaran pada tubuh yang keletihan.

  • o TEH + MADU = manis semulajadi
    Campuran madu dan teh akan membuatkan anda kembali cergas selepas seharian bergerak aktif. Madu berfungsi sebagai pemanis dan terdiri dari glukosa dan fruktosa yang menjana tenaga. Madu juga merupakan salah satu sumber anti oksidan terbaik serta kaya dengan pelbagai vitamin lain.

  • o TEH + SUSU = rasa lemak yang enak
    Susu bukan sebarang susu ok…. Bukan susu tin… tapi susu segar yang lebih sihat dan rendah kalori. Campuran ini mengandungi kandungan protein yang tinggi, vitamin A, D, E dan K. ia juga kaya dengan kalsium, fosforus dan at besi.



    NYAHKAN KALORI DALAM BADAN

  • Setiap kali anda teringin makanan snek, tetapkan fikiran anda untuk mengambil segelas air suam.

    Kosongkan makanan dalam peti ais. Ia bukan sahaja menjimatkan wang tetapi akan mengurangkan anda menyelongkar makanan di dalam peti ais.

    Gunakan rempah seperti halia atau lada hitam untuk mempercepatkan pembakaran lemak.

    Kajian oleh University of Switzerland mengatakan minum teh hijau sehari dapat Membantu mempercepatkan pembakaran kalori.

    Ketepikan semua jenis makanan atau snek ketika anda menonton televisyen atau semasa bersantai.

Sumber: majalah RAPI

resepi hari ini


Jom main masak2… (resepi dari kawan tp dah repair sana sini jadi la camni…)

Fried chicken with spicy oyster sauce.

Untuk ayam goreng
Beberapa ketul ayam (kerat kecik2)
1 sudu kecil kunyit serbuk
2 sudu besar tepung gandum
½ sudu kecil serbuk lada sulah
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji telur
Garam secukup rasa

Untuk sos
4 sudu besar sos tiram
5 biji cili padi (nak pedas boleh tambah)
1 labu bawang besar (hiris nipis)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
1 inci halia (mayang halus)
Sedikit air
Sedikit bancuhan tepung jagung dan air

Cara2nya:
1) ayam kerat kecik2 supaya bila goreng isi cepat masak. Basuh bersih dan letak tepi dulu…
2) satukan kunyit, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, garam dan tepung gandum. Gaul rata baru campur telur. Kacau hingga sebati dan masukkan ayam. Perap ayam selama 15 minit.
3) Goreng ayam dalam minyak yg penuh hingga garing. Angkat dan asingkan.
4) Untuk sos… panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili padi, bawang besar dan halia. Tunggu ler 2 3 minit baru letak sos tiram. Masukkan sedikit air dan bancuhan tepung jagung. Gaul rata dan boleh angkat. Tuang kuah atas ayam yang dah digoreng. Siap untuk dimakan…. Sedap….

* Kalau xde sos tiram boleh guna kicap dan tambah sedikit air.
* rasa la dulu kalau x cukup masin tambah garam sikit.
* Sos tiram xyah tambah garam ok. Sos tiram dah cukup masin…

Ahad, 26 Julai 2009

resepi kek sedap...

ni la keje aku bila ada waktu terluang... anak2 mmg suka makan kek coklat. Babab dia pun sama gak... dari yang simple sampai la yg complicated. selagi ada bahan aku redah je jadi x jadi tu soal nombor 2. resepi ni banyak aku ambik dari majalah. ada jgk yang kawan baik (mimi) aku bagi... sape2 nak cuba silakan lah yer. sedap nih... yum yum yum... gambar aku belom upload lg.. maklum la xde scanner. nnt la aku upload guna phone. klu namanyer kek coklat... agak2nyer camner ye rupe dia.. hehehe...


kek coklat

Bahan A:
130 gram tepung gandum
40 serbuk koko
½ sudu kecil serbuk penaik
½ sudu kecil soda bikarbonat

Bahan B:
125 gram butter
180 gram gula halus
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan C:
½ cawan air suam
½ cawan susu pekat manis

Cara-cara membuatnya:
Pukul butter dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur satu per satu dan esen vanilla
masukkan bahan A yang telah diayak dan bahan B secara berselang
Bakar pada suhu 170°C selama 50 minit.


kek coklat kukus

Bahan A:
1 ½ cawan tepung gandum
½ cawan susu pekat
1 sudu the soda bikarbonat
1 sudu the esen vanilla
3 biji telur

Bahan B:
1 ½ cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
(semua bahan B dimasak dengan api perlahan hingga cair)

Cara-cara membuatnya:
Bahan B dimasak hingga cair dan angkat. Biarkan betul2 sejuk.
campurkan susu pekat, telur dan tepung yang di ayak dengan soda bikarbonat .
masukkan esen vanilla.
kukus dengan api sederhana lebih kurang 1 jam.


kek span simple

Bahan-bahannya:
5 biji telur
1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan gula
½ cawan minyak masak
½ sudu soda bikarbonat
1 sudu ovellette
1 sudu kecil esen vanilla
Serbuk koko/oren/vanilla/pandan (ikut citarasa)

Cara-cara membuatnya :
Pukul telur, gula dan soda bikarbonat hingga kembang.
masukkan ovellette, esen vanilla, minyak masak dan tepung gandum. Kacau rata.
campurkan pewarna ikut citarasa.
bakar selama 30 minit.


kek pisang
6,7 biji pisang emas
1 cawan gula
1 cawan susu cair
2 cawan tepung gandum
1 ½ sudu soda bikarbonat
Perasa pisang dan sedikit garam
Gaul semua bahan dan bakar hingga masak.


kek coklat lembap oren

Bahan-bahannya:-

A: 200 gram mentega
200 gram gula perang

B: 3 biji telur gred A

C: 300 gram jus oren
1 biji parutan kulit oren

D: 300 gram tepung superfine
1 ½ sudu the baking powder

Cara membuatnya:

pukul bahan A hingga ringan dan gebu.
tambah bahan B satu per satu.
tambah bahan C dan D secara berselang seli dan gaul rata.
bahagikan kepada 2 bahagian dan tuang ke dalam acuan 23 cm.
bakar pada suhu 175C selama 30 minit dan hias dengan ganache (coklat cair).

Ganache:
300 gram coklat masakan.
160 gram mentega lembut
2 sudu besar susu pekat manis

Cairkan coklat secara double boiler
Masukkan mentega dan susu. Kacau sebati hingga pekat.
Angkat dan sapu atas kek.


chocolate cup cake

Bahan-bahannya:
190 gram mentega
330 gram gula
330 gram telur
50ml susu
220 gram tepung superfine} campur
50 gram serbuk koko} dan
1 sudu kecil serbuk penaik} ayakkan
¼ sudu kecil garam
1 sudu kecil vanilla

Cara membuatnya:
pukul mentega dan gula.
masukkan telur satu per satu.
masukkan tepung berselang seli dengan susu. Pukul adunan hingga lembut.
masukkan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180C selama 20 hingga 25 minit.
setelah kek sejuk hias dengan ganache.

Tentang Aku...



aku dilahirkan di negeri sembilan. anak ke 4 dari 6 adik beradik. masa tu abah keje kat quaters jabatan perhutanan batu 8 mantin. Arwah mak lahirkan aku kat rumah je lepas balik dari cari bijih. Arwah mak cakap aku ni putih sikit sebab masa arwah mak mengandungkan aku dia selalu berendam dlm sungai cari bijih. perangai aku pun lain dari adik beradik aku yang lain. manja ngan abah. sbb jarak aku ngan arwah kaklang 8 tahun. dah tu selalu moody... u know me... right.... pantang silap sikit angin la jawabnyer. perangai aku tu masih terbawak2 sampai sekarang. tp kurang la ckit. masa kecik2 orang sekeliling panggil aku LILY.




aku sekolah rendah kat kampung. abah dah pindah tempat keje kat kuala klawang. masa kat skolah aku ni x la aktif sangat. sekolah menengah pun sama. mungkin ramai yang x tau aku sekolah agama masa form 1 sampai form 3. aku skolah kat sekolah menengah kebangsaaan agama Sheikh Haji Mohd Said. time ni la nama SEHA wujud. classmete ramai nama hampir sama. antaranye ROSMALIZA, ROSLIA, ROSMARIA... nak panggil ROSE..kang sume menyahut pulak...masa ni la aku jumpa ngan abang angkat aku. nama dia Mohd Zamrus Ali. sampai sekarang masih kontek lagi. tp jangan x pecaya... aku ngan abg Am x pernah jumpa face to face. surat, email, sms dan talipon je penghubung aku ngan abang am. dia la yang mula panggil aku ROSE. form 4 n form 5 aku skolah kat Sekolah Tinggi Dato' Undang Musa Al-Haj. dok asrama walaupun dekat ngan rumah. kat cni la bermulanyer panggilan ALONG. panggilan tu terbawak2 la sampai ke UiTM Arau...




aku x terus masuk diploma sebab x cukup syarat... BI aku 8. aku diterima jgk melanjutkan pelajaran di peringkat Pra Perdagangan selama 1 semester. Alhamdulillah... keputusan exam agak cemerlang. cuma 0.02 lagi nak 4 flat. aku berkongsi mata tu ngan kak zila. dgn keputusan tu dapat la aku pilih jurusan yang paling aku minat...Diploma Perakaunan... di sinilah bermula cerita suka duka yang aku kongsi bersama teman2 baik aku di kolej cendana, kolej beringin dan asoka.. pahit manis bergelar pelajar UiTM Arau masih kukuh diingatan walaupun hampir 10 tahun masa berlalu. Terima kasih kawan2ku. kerana menjadi pendengar setia, sahabat baik dan teman sejati... Kak zila, nadia, G-mie, munna, nick, kak maria, kak ilah, nurul, ckin, idaA, idaB, yatiA, ah, kak linda, meen, adik kembarku (aida), yanie(special kes), kak umi, erly, fahimah, kak ella, liza, zaza.... korang la kawan yang paling best dalam dunia. lebih2 lagi disaat paling kritikal (budak senior tu punyer pasal la ni) korang ada disisi beri semangat yang hilang entah kemana. di saat exam bakal menjelma... koranglah insan2 yang gigih membantu. Alhamdulillah... berkat usaha kita... aku berjaya jgk menaikkan semangat untuk belajar. Terima kasih sekali lagi kawan2ku.




aku sambung wat ijazah pulak kat UiTM melaka. cuma aku ngan anne je yang dari Arau. kat cni study aku mula tunggang langgang. fail paper sana sini. mungkin aku hilang spirit yang aku dapat hanya di arau. nasib badan... kawan2 bukannyer xde. leka dgn dunia luar. antara faktor yang membuatkan aku hilang konsentrasi belajar, arwah mak aku sakit. paling menduga iman aku masa final exam part 4. dah la paper selang sari. exam ada berbaki dua paper lagi. kakngah call bagi tau mak kena tahan wad kat PPUM. aku mmg dah tau arwah ada kanser. tp wrong timing. bagitau la time aku dah habis paper... aku bukan nak salahkan sesape. salah aku jgk sbb slalu study last minute. habis je exam aku terus g PPUM jaga arwah. masa ni sepupu2 yang duaorg ni (airene afzan n azlene afzan) banyak tolong jaga arwah. kitaorg gilir2 jaga arwah berulang dari klang. lebih kurang sebulan lebih keluar masuk hospital akhirnyer arwah mak pergi jugak meninggalkan kami semua mengadap Illahi. Al-Fatihah untuk mak tersayang.




masa aku wat ijazah ni la aku jumpa ngan my lovely husband. x semua tau aku jumpa hubby aku ni kat internet. masa aku part 2, tgh wat assignment kat cc, sambil2 tu chatting kat laman web amboi.net. chatting pun kejap sgt sebab assignment dah siap. dah nak balik rumah sewa. ada la dlm 5 minit borak. sblm balik aku gatal tangan tinggalkan no. tipon kat dia. baru je kuar dari cc dia call..... alamak... terus jatuh cinta pada suara. mmm... nak tau dgn lebih lanjut... tunggu..... kalau ada kesempatan akan diceritakan jgk...sampai sini dulu untuk kali ini. sehingga bertemu lagi dilain hari... assalamualaikum...
Related Posts with Thumbnails