Selasa, 28 Julai 2009

Puteraku MUHAMMAD NAUFAL HAKIM

Puteriku Izzatul baru berusia setahun bila aku disahkan hamil kandungan kedua. Alhamdulillah… aku mmg x pernah buat perancangan keluarga. X kisah la rapat pun kali ni. At least ada jgk kawan Izzatul nanti. Masa ni aku dah pindah KK. Aku x tau pun yg aku mengandung. Sehinggalah suatu pagi aku muntah kuning. Terus terdetik dlm hati. Ni mesti mengandung nih. Tanpa berlengah aku ajak hubby g wat UPT kat klinik kesihatan Inanam. And the result…..positive. aku x mengalami alahan yang teruk. Mengandung kali ni mmg xde masalah. Dari awal kandungan sampai lah saat2 nak melahirkan. Mungkin sebab jarak kelahiran yang rapat. Dan mungkin jgk baby aku kali ni baby boy…..

Aku due bersalin kali ni pada 16 Mei 2007. tapi sampai ke saat hari due pun xde tanda2 aku nak melahirkan. Nurse suruh tunggu seminggu lagi kalau xde rasa sakit jgk. Tepat seminggu lepas tu…23 hb Mei jam 8 pagi… perut dah mula sakit… tp masih boleh tahan lagi…larat lg wat keje rumah. Time ni aku dah x duduk Inanam. Pangkalan TLDM Sepanggar dah dibuka dan semua kena dok dalam base. Untuk pengetahuan semua…jalan utama ke Sepanggar masih dalam pembinaan. Teruk sangat jalannyer. Nak x nak kena go ahead gak la. Kul 1 lebih aku bertolak dari rumah. Sempat lagi singgah kat Giant Likas beli pampers baby. Perjalanan ke Hospital Likas memakan masa hampir 45 minit.


Lebih kurang kul 2.30 ptg doktor dtg cek perut. Doctor cakap jantung baby x kuat…kena masuk labour room terus. Kalau perlu kena operate. YA ALLAH… selamatkanlah anak dalam kandunganku ini. aku dah mula menggigil. Jangan la terjadi apa2 yang x elok… kul 2.45 aku masuk labour room. Nurse masukkan ubat untuk mempercepatkan proses bersalin. Klu bukaan rahim lambat aku terpaksa di operate. X sampai 2 jam aku rasa dah x boleh tahan lagi.Terus panggil nurse. Bila nurse cek bukaan rahim dah 10 cm. Alhamdulillah… x perlu aku tunggu lama lagi. Masa ni hubby tunggu kat luar sbb Izzatul ada skali. Jadi aku keseorangan la kat bilik bersalin tu di temani oleh nurse2 dan doctor pelatih yang ramah dan baik hati. “ok kak… dah boleh teran ye….” Kata JMT PRESYLLA. Nurse yang sambut baby aku. Dengan sekali teran keluarlah seorang lagi ahli baru dalam keluarga aku… baby seberat 3.0 kg… sama berat ngan Izzatul masa lahir. Kuat betul dia menangis. Aku tanya nurse tu lelaki ke pempuan nurse??? “Jap ye kak… saya bersihkan dulu baby ni… agak2nyer bila dengar suara dia ni suara lelaki ke perempuan??” Dia tanye aku balik… “lelaki kot…” aku agak. “ok kak… tengok sendiri ye jantina baby ni…” sambil letakkan baby atas dada aku. Betul tekaan aku selama ni. Baby boy… dapat sepasang… yahoooo….seronok sgt rasanyer. Hilang rasa sakit…

Nama ape nak bagi ek??? Dulu aku dah janji kalau anak lelaki hubby aku yang bagikan nama. Tp ada jgk 2 3 nama yang aku sediakan. Last skali pilih punye pilih nama yang aku suggest jgk yang menjadi pilihan. MUHAMMAD NAUFAL HAKIM BIN SHAHRIZAL. Hehehe…. Nampaknye lepas ni x de chance la aku nak bagi nama anak lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Scrapbook at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com