Selasa, 28 Julai 2009

resepi hari ini


Jom main masak2… (resepi dari kawan tp dah repair sana sini jadi la camni…)

Fried chicken with spicy oyster sauce.

Untuk ayam goreng
Beberapa ketul ayam (kerat kecik2)
1 sudu kecil kunyit serbuk
2 sudu besar tepung gandum
½ sudu kecil serbuk lada sulah
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji telur
Garam secukup rasa

Untuk sos
4 sudu besar sos tiram
5 biji cili padi (nak pedas boleh tambah)
1 labu bawang besar (hiris nipis)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
1 inci halia (mayang halus)
Sedikit air
Sedikit bancuhan tepung jagung dan air

Cara2nya:
1) ayam kerat kecik2 supaya bila goreng isi cepat masak. Basuh bersih dan letak tepi dulu…
2) satukan kunyit, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, garam dan tepung gandum. Gaul rata baru campur telur. Kacau hingga sebati dan masukkan ayam. Perap ayam selama 15 minit.
3) Goreng ayam dalam minyak yg penuh hingga garing. Angkat dan asingkan.
4) Untuk sos… panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili padi, bawang besar dan halia. Tunggu ler 2 3 minit baru letak sos tiram. Masukkan sedikit air dan bancuhan tepung jagung. Gaul rata dan boleh angkat. Tuang kuah atas ayam yang dah digoreng. Siap untuk dimakan…. Sedap….

* Kalau xde sos tiram boleh guna kicap dan tambah sedikit air.
* rasa la dulu kalau x cukup masin tambah garam sikit.
* Sos tiram xyah tambah garam ok. Sos tiram dah cukup masin…

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Scrapbook at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com