Selasa, 28 Julai 2009

Puteriku NUR IZZATUL YASMIN

Puteriku yang sulung lahir pada 25 ogos 2005. aku yang pilih nama dia sebab aku ada perjanjian ngan hubby aku. Kalau lelaki dia yang pilih namanye. Tp kalau pompuan aku yang akan bagi nama. Jadi bila yang kuarnyer pompuan aku bagi nama Nur Izzatul Yasmin bin Shahrizal.
Aku kawin ngan hubby aku pada 16 Februari 2004. masa ni hubby keje kat labuan. lepas kawin aku x terus ikut dia. Dok ngan mertua kat kelantan dulu. Aku gi labuan lebih kurang 3 bulan lepas nikah. Pada harijadi aku yang ke 26 tahun aku mulakan hidup berdua di labuan. Jauh dari keluarga dan saudara mara. Sedih jgk mulanyer. Tp ape boleh buat dah kawin dgn navy. Mana je dia pegi aku kena ikut la. Selepas 10 bulan menunggu, berita gembira tiba jugak. Aku mengandungkan anak pertama. 3 bulan pertama mmg teruk akunyer alahan. Tahap gaban. Berat badan turun 2 kg lebih. Ape saje makanan yang masuk…x sempat nak cerna lg dah muntah… tp mujur la susu yang aku minum x kuar balik. Masuk je bulan ke 4 dan seterusnyer selera makan aku pulak yang tahap gaban. Pantang jumpa… sume belasah. Alhamdulillah kandungan sihat dan membesar dgn sempurna...


Kat mana nak bersalin nih??? Lama aku bincang ngan hubby. Nak bersalin kat Labuan, dia xde pengalaman nak jaga org bersalin. Family nak datang pun susah. Jadi keputusan muktamadnyer balik Kelantan.. masa usia kandungan dah 7 bulan aku pun terbang balik Kelantan. Kenapa x balik n.9? xde sape kat kg. bang long ngan family ada la… tp malas la pulak nak travel jauh dari Kelantan. Tau je la time mengandung ni bukan boleh duduk lama sgt. Sakit pinggang. Lagi pun mak mertua yg beriya suruh aku bersalin di kelantan. Dia nak jaga aku ngan baby. Aku di jangka bersalin pada 28 Ogos 2004. Alhamdulillah hubby dapat balik 2 minggu sebelum aku due.

Masa hari dah semakin hampir untuk melahirkan…perut dah rasa sakit2. tau je la first time pregnancy mana la aku tau sakit nak bersalin rasa mcmmana. 22hb aku g spital. Doktor siap tahan aku dlm wad. Ingatkan dah nak bersalin tp baby ni main2 je. X nak kuar lg. Keesokan hr nyer aku kuar spital. 2 hari lepas tu perut aku sakit lg. Kali ni kuat ckit. Takut ape2 jadi kat baby aku g spital. Masih lagi baby nak main2. tp bila doctor cek dah ada bukaan 3 cm. nak kena tunggu beberapa jam lg sbb labour room penuh. Dari pagi aku tunggu xde bilik yang kosong. So nurse bagi aku ubat tahan sakit. Dah kene sejarum ngantuk pulak mata… tdo la jawabnyer. Bila bgn je tdo.. alamak… pasal ape x rasa sakit langsung ni? Jam dah menunjukkan jam 12.30 tgh mlm, 25 hb ogos. Nurse panggil masuk labour room. Aku bgtau dia aku x sakit perut pun… dia ckp.. xpe.. bila dah masuk labour room ni…mcmana pun kena bersalin jgk. Aku dah mula berpeluh. Time ni hubby kat rumah. Mak mertua yang temankan aku. Kul 1 pg nurse masukkan air dan sedas lagi injection. Untuk mempercepatkan rasa sakit… sejam… 2 jam… 3 jam… aduh… dah tak boleh tahan sakitnyer…aku panggil nurse suh panggil waris aku kat luar. Mak mertua aku yang masuk… alamak hubby aku x dtg lg… mak mertua aku ingat aku lom nak bersalin. Aku curi2 tipon hubby suh dia dtg. Tau je la dlm labour room mana boleh pakai tipon. Dah alang2 mak mertua yang ada temankan… dia la yang sambut baby… tepat jam 5.25 pagi dengan berat 3.0 kg, puteri sulungku lahir kedunia dengan sihat dan sempurna…proses kelahiran berjalan lancar dan perkara pertama baby aku buat lepas dia kuar bukannyer menangis…Tp BERSIN!!! Sume org dlm bilik tu ketawa…Lepas bersin baru dengar tangisannyer yang nyaring… Alhamdulillah…

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Scrapbook at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com