Selasa, 28 Julai 2009

relax jap

SEKILAS PANDANG

  • Halia
    Membantu untuk menghadamkan makanan.

  • Membuang angin yang terdapat dalam usus kecil dan besar.

  • Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buahan atau sayuran bila sudah dimakan atau diminum.

  • Mampu menurunkan kadar kolestrol dalam darah.

  • Untuk ibu2 yang mengalami morning sickness, halia mampu merawat loya


    Teh
    o TEH + LIMAU = masam yang sihat
    Campuran ini mampu mengelak serangan kanser dan Membantu penyerapan zat besi. Kandungan vitamin C dalam limau dapat mencegah tekanan darah tinggi selain memberi kesegaran pada tubuh yang keletihan.

  • o TEH + MADU = manis semulajadi
    Campuran madu dan teh akan membuatkan anda kembali cergas selepas seharian bergerak aktif. Madu berfungsi sebagai pemanis dan terdiri dari glukosa dan fruktosa yang menjana tenaga. Madu juga merupakan salah satu sumber anti oksidan terbaik serta kaya dengan pelbagai vitamin lain.

  • o TEH + SUSU = rasa lemak yang enak
    Susu bukan sebarang susu ok…. Bukan susu tin… tapi susu segar yang lebih sihat dan rendah kalori. Campuran ini mengandungi kandungan protein yang tinggi, vitamin A, D, E dan K. ia juga kaya dengan kalsium, fosforus dan at besi.



    NYAHKAN KALORI DALAM BADAN

  • Setiap kali anda teringin makanan snek, tetapkan fikiran anda untuk mengambil segelas air suam.

    Kosongkan makanan dalam peti ais. Ia bukan sahaja menjimatkan wang tetapi akan mengurangkan anda menyelongkar makanan di dalam peti ais.

    Gunakan rempah seperti halia atau lada hitam untuk mempercepatkan pembakaran lemak.

    Kajian oleh University of Switzerland mengatakan minum teh hijau sehari dapat Membantu mempercepatkan pembakaran kalori.

    Ketepikan semua jenis makanan atau snek ketika anda menonton televisyen atau semasa bersantai.

Sumber: majalah RAPI

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Scrapbook at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com