Jumaat, 29 Oktober 2010

19 KEBAIKAN WANITA


BY: KEMPEN AURAT SAYA MARUAH SAYA!

ARTIKEL ini saya kongsi untuk bacaan blogger. semoga sama2 dapat menambah ilmu.
Mungkin terdapat banyak hadis yang menyatakan wanita lebih ramai menghuni neraka, namun janganlah kamu bersedih wahai muslimah. Selagi dirimu menjadi kekasih Allah dan rasul-Nya, kedudukanmu amatlah mulia. Di sini saya senaraikan 19 kebaikan tentang kamu!



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

“Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah”



Untukmu Adam dan Hawa

Adam…
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.


Hawa…
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.


Adam…
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.


Hawa…
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.


Adam…
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.


Hawa…
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.


Adam…
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.


Hawa…
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.


Oleh itu Adam…
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.


Adam…
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.


Begitu juga Hawa…
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.


Hawa…
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun…itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.




 Hawa...
jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu,
dengan ayu wajahmu, dengan lenggok tubuhmu.
Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.
Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu.
Jangan sesekali menggoda lelaki yang bukan suamimu,kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah.
Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan,
alat yang dieksploitasi oleh syaitan dalam menyesatkan Adam


Wahai Adam dan Hawa...
matanglah dalam urusan akhiratmu, 
jgn kerna kesenangan dunia yg sementara, 
kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya, 
jgn kerna kasih makhluk yg sementara, 
kau hilang kasih Allah di akhirat, 
jika kau hilang kasih Allah, 
kau hilang segalanya...




PERINGATAN UNTUK PENULIS JUGA....





Enhanced by Zemanta

~ada lg ni... :))))~

hehehee... bertemu kembali setelah beberapa hari merajuk.. hah!!?? merajuk ke?? mungkin la kot?? dek keceluparan mulut seseorang saya hampir melakukan sesuatu yg diluar batasan. tension tau x!! tapi skrg x lagi.. i'm happy now... :)))

sepanjang hidup saya, saya x pernah bertemu dgn hamba Allah yg sebegini. kesian.. mmg kesian.. tapi saya cuma boleh berdoa agar dia sedar akan kesilapan yg dia cuba dan sedang lakukan. seseorang mempunyai profession yg bagus dan amat mulia di sisi masyarakat. dek terlalu ikutkan perasaan yg amat memdesak dia lakukan perkara yg x diingini dan mencalarkan imej sendiri. bila sesuatu perkara yg sepatutnya jadi mudah, dia jadikan benda tu semakin rumit.. adakah apa yg dia lakukan tu membantu dia miliki ape yg dia inginkan? Rasa2nye tidak… itupun klu ‘seseorang’ itu menyedari yg dia telah tersalah menilai orang…

cubalah anda bygkan setiap hari anda diracuni dgn kata2 yg agak melampau. Menceritakan sesuatu perkara yg x pernah terjadi. Mengeluarkan kata2 yg agak kesat dan biadap untuk menyakiti hati saya. Saya juga manusia biasa. Punyai perasaan marah, sedih, kecewa dan emosi saya mudah terganggu dgn gangguan sebegini. saya akui saya lemah bila diasak dgn pelbagai dugaan yg memeritkan. lebih2 lagi dgn ketiadaan suami yg saya cintai di sisi. saya jadi stress.. bingung.. lemah selemah2nya.... tapi saya x boleh biarkan diri saya lemah. saya punya tanggungjawab besar terhadap anak2. saya akan jalankan tanggungjawab saya menggalas tugas suami ketika ini. segala pesan dan amanatnya saya harus tunaikan. bila saya stress... yg menjadi mangsa adalah anak2... serba sedikit akan terabai...bila saya bingung..hati jadi marah.. fikiran mula bercelaru... di saat itu saya amat2 memerlukan sokongan suami. saya perlukan kata2 semangat darinya. mujurlah dia amat memahami. walaupun kami jauh.. dia tetap akan hubungi saya. menenang kan saya yg sedang kebingungan... terima kasih abang... walaupun abang jauh berjuta batu abang tetap ada disaat ayang memerlukan abang.

Ketika saya mengetuk2 kekunci lappy di saat ini... airmata mula mengambil tempat... penglihatan mula kabur dan berbayang2...saya x tau nak menggambarkan perasaan saya sekarang. Bercampur2… saya rasa tenang, dan dalam masa yg sama saya rasa geram.. terharu… gembira…sedih pun ada… tapi yg penting saya x lagi rasa stress. bila saya rasa tenang saya rindu untuk mengalunkan ayat2 suci alQuran. rindu pada suami juga membuatkan saya semakin rapat dgn naskah itu. Abang... ayang sentiasa doakan abang sihat dan selamat di sana. anak2 terlalu rindukan abang. kakak skrg tidur dah berselimut.selimut dengan kain pelikat abang. adik plk mesti nak ayang angkat dia macam 'baby'. yg selalu dia mintak abang angkat dulu tu...dia dah semakin pandai membuli kakak. kalau kakak buat dia marah mesti dia akan cakap "nnt babah marah kakak!!" hmmm... kdg2 terusik jugak hati bila dia ckp mcm tu. sentiasa teringatkan babah. abang... anak2 yg paling x sabar2 tunggu kepulangan abang. diaorg dah faham dan tau abang jauh dari sisi diaorg. adik slalu tanya ayang, "mi, babah keje jauh naik kapal terbang kan?? babah keje kat mana??" "LUBNAN, jauh sgt... lambat lg babah nak blk. adik jgn nakal2... nanti babah x nak balik baru tau..."ayang menyakat.. hmm.. 
selera makan anak2 pon x berapa memuaskan. dah puas ditukar menu hari2 ada je yg x kena. yg diorang mintak "megi babah". nak x nak buatkan la jugak sesekali. 


dah kul 2.30 pagi rupanya. kat lubnan masih awal lg. baru 9.30 mlm (28hb oktober). mesti abang tgh sibuk wat keje. maklum la keje 24 jam sehari 7 hr seminggu. x penah lagi tidur dikatil. hari2 tidur kat pejabat. xpe la bang.. dah keje kan?? janji abang jaga kesihatan, jaga makan minum, jaga solat. ayang saaaaaayang abang..
mata x bleh tgk tmpt lain.. tv... tv... tv...
dah besar pon nenen lg... tgk tgn dia dok kat mana... :)
ni plak suka sgt makan sambil baring.. huhuuu
anak comel umi n babah... :))

Isnin, 25 Oktober 2010

mungkin ini lah entry terakhir ku....

BILA CINTA...




anak2ku sayang.... maafkan umi





hari ketiga

Salam semua… jam dah menunjukkan angka 12.30 tgh mlm. Tadi mmg dah ngantuk giler. Tapi rengekan naufal yg nak nenen membantutkan saya nak tdo. So.. what to do??? Kemas kini blog lagi baik…  blh gak cik abang menjengah bila ada masa. Hari ni mood saya mmg tersangat lah baik… sbbnye smlm saya dapat berbual dengan abang dalam tipon. Terubat rasa rindu dendam. Huhuuu… besar jgk belanja nak berhubung guna handset nih. X blh la nak tipon selalu. Sesekali klu ada yg urgent tu boleh la… setakat nak tanye ‘abg wat ape? Sihat ke? Dah makan ke belum? dah mandi ke?’.... x payah la yer.. buang duit jer.  Ape yg penting bila dgr je suara abang yg gentleman tu terus sejuuukkkk je hati yg panas sjk beberapa hari ni.
**saya mmg terpikat kat suara tuan punya badan dulu klu u ouls nak tau…pastu hati budinya…sifat caring nye.. sifat tanggungjwb nye… keromantikannye hmmmm… sbb tu la ada yg gigit jari x dapat ‘bersuamikan’ hubby i… ok…. Heheee… sudah2 la jelesnye tu… x kemana pon. X baik dengki tgk kebahagiaan kitaorg ni. U dengki mcmmna pon i tetap maintain ngan hubby i.. x baik fitnah tau. ALLAH amat murka dgn org yg cuba meruntuhkan rumahtangga orang. 

baru nak masuk 4 hari abang kat sana tapi rasa mcm 4 bln... bukan apa.. jarang dapat berhubung tu yg terasa lama tu. nnt bila abang dah blh on9 mgkn x  terasa sgt. ni la dia bila x penah berenggang lama2. baru sehari x berhubung dah panas punggung. tercari2 jer. walaupun saya tau abang jauh beribu batu. saya sengaja biarkan baju yg dia pakai sewaktu dia bercuti hari tu tergantung di dinding bilik kami. sengaja saya biarkan di situ sbb bila masuk bilik dan terpandang baju abang saya tersenyum sendiri. rasa mcm baru semalam abang sangkutkan baju tu kat situ. biar la busuk sekalipon saya tetap akan biarkan disitu dan sesekali akan saya peluk dan cium sebagai pengubat rindu. abang ada berpesan sekiranya saya rasa teramat rindu padanya peluk cium anak bujang kesayangannya sebagai pengganti dirinya. 

kita bukak cite lain pulak.. masa abang bawak blk netbook yg baru dibeli saya rasa amat la cemburu tengok kat desktop nye ada 2 jam (waktu malaysia dan beirut, lubnan). huh!! saya pon nak jugak! dan sekarang saya pon dah ada 2 jam... senang nak tgk... hehehee
begini lah rupa desktopku... huhuuu...

Ahad, 24 Oktober 2010

hari kedua

Alahai ciannye suamiku yg tgh sibuk meng’handing over’ keje2. busy like hell katanye… huhuuu… tu mmg bz giler la tu. Makan pon x menentu. Tdo pon kat pejabat je. Xleh nak on9 lagi wat masa skrg ni. Pertamanya sbb mmg tgk sibuk giler dan yg kedua nye masih blm blh guna internet lg sbb blm daftar. Xpe lah… janji dpt kabar berita dari abang. 1 sms pon dah rm3. fuh !!! mahal tu… 10 msj dah rm30… hmmmm… msj benda yg penting2 je. Nnt dah blh on9 mggu dpn blh la nak sembang lama2.

Argggghh… Tekanan!! Tertekan!!! Ditekan!!! Tension!!! Bengang!!! Geram!!! Ape lg perkataan yg blh menggambarkan org yg tgh hadapi tekanan?? Hmmm… insyaALLAH. Selagi boleh bersabar. Bertahan je lah. Nnt bila dah lali dgn tekanan yg memdesak insyaALLAH hilang la rasa yg meresahkan hati ni. Makan masa tu… tgk lah… mungkin esok lusa bila dah berhenti si sangap tu mengganggu hidup aku… ok la tu.. aku pon malas nak pikir tentang kebangangan dan kebengapan dia yg mmg dah sewel yg suka menyusahkan hidup org lain. Buang masa tol layan org gila yg berpeel pelik nih. Buat org sakit kepala je… hati tgh panas mula la kepala nak sakit…

dah kul 12 mlm… kat lubnan baru jam 7 mlm. Dah makan ke belum si jantung hatiku ni? Makan tau sayang.. dah la musim sejuk skrg. Nnt sakit sape susah? Abang sendiri la yg susah. Ayang xde kat sana nak jaga. Jaga diri tau… jgn tinggal solat. Ayang akan sentiasa doakan keselamatan abang di sana, lubnan… bumi bergolak…




Jumaat, 22 Oktober 2010

hari pertama

Susahnye nak melelapkan mata malam tadi. Sesampai je kat rumah jam 1.30 pagi terus cas phone yg dah kehabisan bateri sejak bertolak balik dari subang. Bukak je phone… tu dia….4 msj dari abang masuk serentak. Abang dah selamat berlepas jam 12 tgh malam. Alhamdulillah. Semoga abang selamat tiba di destinasi yg di tuju. Sekarang ni sedang menunggu berita pertama dari abang. Rasa2nye sekarang ni belum sampai lg kat kem Koukaba di lubnan. Sekarang ni kat sana baru klu 9.00 pagi. Mungkin dalam 3 @ 4 jam lagi sampai kot kat sana. Bila la mood rajin nak datang ni ? makan kat luar lagi la nampaknye hari ni. Badan sakit2, kepala berdenyut2, mata berair (biasa la x kira masa dia nak meleleh… huhuuu…). Ingat pesan abang… aku kena tabah dan kuatkan semangat. Harus kuatkan semangat. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Yakin pada diri sendiri. CHAIYOKKKK !!!



Khamis, 14 Oktober 2010

malas

salam...
lama sungguh x update blog. bukan merajuk... sibuk pun bukan... cuma MALASSS.. hahaa... hmmm... nak tulis ape pon xde idea lg. hari ni, tinggal 2 hari je lg abang bercuti bersama saya dan anak2 sebelum berangkat semula ke kuantan. dan minggu depan 21 oktober 2010 dah nak terbang ke Lubnan. owhhh.. tidakkk!!! masa semakin suntuk. berat sungguh hati ini nak melepaskan abang pergi. abang cuma akan balik 4 bulan dari sekarang. lamanye.. walaupon byk cara untuk kami berhubung tapi mana nak sama bila dia dekat di sisi." SABAR..." itu lah satu2nye perkataan yg sering abang sebut. SKYPE, FACEBOOK, YM, EMAIL... kan ada.... ye... betul tu.. abang bukannye pegi makan angin.. tapi berkhidmat untuk negara...

hmmmm.. ngantok dah. lain kali sambung pulak. lupa pulak.
Note: puan nowwa... yg kes 2 hari lepas tu... dah settle. mmm.. nnt klu ada masa i stori mori kat u ok.. :)))


Related Posts with Thumbnails

Scrapbook at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com