Jumaat, 29 Oktober 2010

~ada lg ni... :))))~

hehehee... bertemu kembali setelah beberapa hari merajuk.. hah!!?? merajuk ke?? mungkin la kot?? dek keceluparan mulut seseorang saya hampir melakukan sesuatu yg diluar batasan. tension tau x!! tapi skrg x lagi.. i'm happy now... :)))

sepanjang hidup saya, saya x pernah bertemu dgn hamba Allah yg sebegini. kesian.. mmg kesian.. tapi saya cuma boleh berdoa agar dia sedar akan kesilapan yg dia cuba dan sedang lakukan. seseorang mempunyai profession yg bagus dan amat mulia di sisi masyarakat. dek terlalu ikutkan perasaan yg amat memdesak dia lakukan perkara yg x diingini dan mencalarkan imej sendiri. bila sesuatu perkara yg sepatutnya jadi mudah, dia jadikan benda tu semakin rumit.. adakah apa yg dia lakukan tu membantu dia miliki ape yg dia inginkan? Rasa2nye tidak… itupun klu ‘seseorang’ itu menyedari yg dia telah tersalah menilai orang…

cubalah anda bygkan setiap hari anda diracuni dgn kata2 yg agak melampau. Menceritakan sesuatu perkara yg x pernah terjadi. Mengeluarkan kata2 yg agak kesat dan biadap untuk menyakiti hati saya. Saya juga manusia biasa. Punyai perasaan marah, sedih, kecewa dan emosi saya mudah terganggu dgn gangguan sebegini. saya akui saya lemah bila diasak dgn pelbagai dugaan yg memeritkan. lebih2 lagi dgn ketiadaan suami yg saya cintai di sisi. saya jadi stress.. bingung.. lemah selemah2nya.... tapi saya x boleh biarkan diri saya lemah. saya punya tanggungjawab besar terhadap anak2. saya akan jalankan tanggungjawab saya menggalas tugas suami ketika ini. segala pesan dan amanatnya saya harus tunaikan. bila saya stress... yg menjadi mangsa adalah anak2... serba sedikit akan terabai...bila saya bingung..hati jadi marah.. fikiran mula bercelaru... di saat itu saya amat2 memerlukan sokongan suami. saya perlukan kata2 semangat darinya. mujurlah dia amat memahami. walaupun kami jauh.. dia tetap akan hubungi saya. menenang kan saya yg sedang kebingungan... terima kasih abang... walaupun abang jauh berjuta batu abang tetap ada disaat ayang memerlukan abang.

Ketika saya mengetuk2 kekunci lappy di saat ini... airmata mula mengambil tempat... penglihatan mula kabur dan berbayang2...saya x tau nak menggambarkan perasaan saya sekarang. Bercampur2… saya rasa tenang, dan dalam masa yg sama saya rasa geram.. terharu… gembira…sedih pun ada… tapi yg penting saya x lagi rasa stress. bila saya rasa tenang saya rindu untuk mengalunkan ayat2 suci alQuran. rindu pada suami juga membuatkan saya semakin rapat dgn naskah itu. Abang... ayang sentiasa doakan abang sihat dan selamat di sana. anak2 terlalu rindukan abang. kakak skrg tidur dah berselimut.selimut dengan kain pelikat abang. adik plk mesti nak ayang angkat dia macam 'baby'. yg selalu dia mintak abang angkat dulu tu...dia dah semakin pandai membuli kakak. kalau kakak buat dia marah mesti dia akan cakap "nnt babah marah kakak!!" hmmm... kdg2 terusik jugak hati bila dia ckp mcm tu. sentiasa teringatkan babah. abang... anak2 yg paling x sabar2 tunggu kepulangan abang. diaorg dah faham dan tau abang jauh dari sisi diaorg. adik slalu tanya ayang, "mi, babah keje jauh naik kapal terbang kan?? babah keje kat mana??" "LUBNAN, jauh sgt... lambat lg babah nak blk. adik jgn nakal2... nanti babah x nak balik baru tau..."ayang menyakat.. hmm.. 
selera makan anak2 pon x berapa memuaskan. dah puas ditukar menu hari2 ada je yg x kena. yg diorang mintak "megi babah". nak x nak buatkan la jugak sesekali. 


dah kul 2.30 pagi rupanya. kat lubnan masih awal lg. baru 9.30 mlm (28hb oktober). mesti abang tgh sibuk wat keje. maklum la keje 24 jam sehari 7 hr seminggu. x penah lagi tidur dikatil. hari2 tidur kat pejabat. xpe la bang.. dah keje kan?? janji abang jaga kesihatan, jaga makan minum, jaga solat. ayang saaaaaayang abang..
mata x bleh tgk tmpt lain.. tv... tv... tv...
dah besar pon nenen lg... tgk tgn dia dok kat mana... :)
ni plak suka sgt makan sambil baring.. huhuuu
anak comel umi n babah... :))

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Scrapbook at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com