Ahad, 26 Julai 2009

resepi kek sedap...

ni la keje aku bila ada waktu terluang... anak2 mmg suka makan kek coklat. Babab dia pun sama gak... dari yang simple sampai la yg complicated. selagi ada bahan aku redah je jadi x jadi tu soal nombor 2. resepi ni banyak aku ambik dari majalah. ada jgk yang kawan baik (mimi) aku bagi... sape2 nak cuba silakan lah yer. sedap nih... yum yum yum... gambar aku belom upload lg.. maklum la xde scanner. nnt la aku upload guna phone. klu namanyer kek coklat... agak2nyer camner ye rupe dia.. hehehe...


kek coklat

Bahan A:
130 gram tepung gandum
40 serbuk koko
½ sudu kecil serbuk penaik
½ sudu kecil soda bikarbonat

Bahan B:
125 gram butter
180 gram gula halus
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan C:
½ cawan air suam
½ cawan susu pekat manis

Cara-cara membuatnya:
Pukul butter dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur satu per satu dan esen vanilla
masukkan bahan A yang telah diayak dan bahan B secara berselang
Bakar pada suhu 170°C selama 50 minit.


kek coklat kukus

Bahan A:
1 ½ cawan tepung gandum
½ cawan susu pekat
1 sudu the soda bikarbonat
1 sudu the esen vanilla
3 biji telur

Bahan B:
1 ½ cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
(semua bahan B dimasak dengan api perlahan hingga cair)

Cara-cara membuatnya:
Bahan B dimasak hingga cair dan angkat. Biarkan betul2 sejuk.
campurkan susu pekat, telur dan tepung yang di ayak dengan soda bikarbonat .
masukkan esen vanilla.
kukus dengan api sederhana lebih kurang 1 jam.


kek span simple

Bahan-bahannya:
5 biji telur
1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan gula
½ cawan minyak masak
½ sudu soda bikarbonat
1 sudu ovellette
1 sudu kecil esen vanilla
Serbuk koko/oren/vanilla/pandan (ikut citarasa)

Cara-cara membuatnya :
Pukul telur, gula dan soda bikarbonat hingga kembang.
masukkan ovellette, esen vanilla, minyak masak dan tepung gandum. Kacau rata.
campurkan pewarna ikut citarasa.
bakar selama 30 minit.


kek pisang
6,7 biji pisang emas
1 cawan gula
1 cawan susu cair
2 cawan tepung gandum
1 ½ sudu soda bikarbonat
Perasa pisang dan sedikit garam
Gaul semua bahan dan bakar hingga masak.


kek coklat lembap oren

Bahan-bahannya:-

A: 200 gram mentega
200 gram gula perang

B: 3 biji telur gred A

C: 300 gram jus oren
1 biji parutan kulit oren

D: 300 gram tepung superfine
1 ½ sudu the baking powder

Cara membuatnya:

pukul bahan A hingga ringan dan gebu.
tambah bahan B satu per satu.
tambah bahan C dan D secara berselang seli dan gaul rata.
bahagikan kepada 2 bahagian dan tuang ke dalam acuan 23 cm.
bakar pada suhu 175C selama 30 minit dan hias dengan ganache (coklat cair).

Ganache:
300 gram coklat masakan.
160 gram mentega lembut
2 sudu besar susu pekat manis

Cairkan coklat secara double boiler
Masukkan mentega dan susu. Kacau sebati hingga pekat.
Angkat dan sapu atas kek.


chocolate cup cake

Bahan-bahannya:
190 gram mentega
330 gram gula
330 gram telur
50ml susu
220 gram tepung superfine} campur
50 gram serbuk koko} dan
1 sudu kecil serbuk penaik} ayakkan
¼ sudu kecil garam
1 sudu kecil vanilla

Cara membuatnya:
pukul mentega dan gula.
masukkan telur satu per satu.
masukkan tepung berselang seli dengan susu. Pukul adunan hingga lembut.
masukkan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180C selama 20 hingga 25 minit.
setelah kek sejuk hias dengan ganache.

3 ulasan:

bidadari dari timur berkata...

along....aku suka gak kek tapi aku xpandai buat..sat g jadi batubata...baling kat dinding pon leh pecah....letak la gambo kek along...lg nyumy...nyumy...

bidadari dari timur berkata...

anyway....nice blog....i loikeeeeeee.....

along seha berkata...

kek coklat kukus senang je nak wat. ikut je instruction. mesti jadinyer.

Related Posts with Thumbnails

Scrapbook at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com