Sabtu, 1 Ogos 2009

Puting botol susu X-CUT


Pernah gunakan puting ni??? Kepada ibu2 yang bagi anak2 susu botol…Aku syorkan semua ibu2 bertukar kepada penggunaan puting x-cut ni. Teramat bagus untuk baby baru lahir dan anak2 yang sedang membesar. Kita pernah dengar kematian baby disebabkan tersedak susu kan. Salah satu sebabnye ialah penggunaan puting susu yang biasa (berlubang). Bila baby dah tidur dan botol susu x dialihkan dari mulut, susu akan menitik keluar dari botol sebab tiada penghalang untuk air susu mengalir. Bayangkan sekiranya terlalu banyak air susu terkumpul dalam mulut baby dan tanpa disedari baby akan tersedak dan paling malang sekali sekiranya baby tu lemas dan tak boleh bernafas hanya disebabkan dia tersedak susu yang diberi oleh kita sendiri. Dulu bila aku dengar berita kematian baby disebabkan tersedak susu cukup mengerikan aku. Aku selalu pastikan botol susu dialihkan dari mulut anak2 aku bila diaorang dah tidur. Tp sekarang x perlu lg sebab aku dah bertukar kepada penggunaan puting susu x-cut. Betul… aku x tipu… air tak mengalir kalau baby x sedut puting tu. Kalau ditonggengkan ke bawah pun air tak tumpah. Bagi ibu2 yang dah menggunakannye tau lah kebaikan putting x-cut nih. Harganyer pun sama je. Xde beza dengan puting yang biasa. Tapi tak semua pasaraya menjual putting x-cut nih. Jarang sangat jumpa kat Giant dan Tesco. Aku slalu beli kat econsave, billion, butik anakku, kedai aksesori barangan nany pun ada jual. Tang jenama tu rasa2nyer sume jenama terkenal barangan baby ada jual putting jenis ni. Contohnyer Anakku, Pureen, Fitty, Bebe, ape lg ek… aku slalu gunakan 4 jenama ni. Cuba lah ye.. anda pasti xkan mengesal…

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sy tgh cr puting btol susu xcut tp xth di mana ada jual..skg sy guna btol jenama pureen,bb kiko,n anakku jd skg mslhnya puting..rmh sy brhmpirn dgn giant shj..

Related Posts with Thumbnails

Scrapbook at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com