Selasa, 20 Julai 2010

Damai Yang Hilang (Nowseeheart)

InsyaAllah en suami akan ke Lubnan bulan 10 nnt.. jadi untuk menyedapkan hati saya... saya nyanyi2 sambil menghayati kesengsaraan dan keperitan hidup di bumi Lubnan dan jugak negara2 islam lain yang menjadi mangsa peperangan yahudi laknatullah.. Saya bangga dengan suami kerana dengan rela hati menyertai misi MALCON UNIFIL ini. Saya doakan dia pergi dan pulang dengan selamat. InsyaAllah...


Damai Yang Hilang

Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil mengoncangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan



Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Scrapbook at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com