Sabtu, 5 September 2009

mira yang ku sayang...



copied from facebook




tanggal 15 januari 2009 bersamaan 18 muharram 1430 hijrah, khamis jam 10.30 malam anak saudaraku yang sulung telah pergi meninggalkan kami yang sentiasa menyayanginya dari dulu...kini dan selamanya... kebiasaannya tiap tahun menjelang aidilfitri dialah yang sibuk bertanya aku bila nak pulang ke kampung halaman. tapi tahun ni kehilangannya amat dirasai. petang td masa aku sibuk menyediakan juadah berbuka puasa, kakak ipar aku iaitu ibu kepada arwah menghantar sms bertnyakan bila aku nak balik kg?? terus kerja2 aku terhenti bila terkenangkan tahun2 sudah.. arwah mira yang akan menanyakan soalan tu kat aku... ape lg... mula2 meleleh je airmata... sambil sambung memasak. sampai 1 tahap aku x blh nak buat kerja bila dah sedih yang keterlaluan... aduh... bulan2 puasa nih makruh menangis... aku dah x blh tahan nak wat cammana??? nasib baik la hubby bawak anak2 pegi pasar ramadan beli kuih. tu yang aku pulun menangis sampai merah bijik mata. sebolehnyer aku x nak hubby dan anak2 tengok aku menangis. biar sesedih manapun hati ni, klu depan diaorang aku x nak menunjukkan kesedihan aku tu. Arwah mira baru berusia 14 tahun. sebelum dia menghembuskan nafas terakhir aku hanya sempat menatap wajahnyer yang pucat lesi sewaktu dia koma di hospital kuala pilah. dia menghidap tibi tp x dapat kesan penyakit tu dgn lebih awal. sampai dia koma masih x dapat kesan yang dia ada penyakit tu. aku pun tak faham kenapa doktor x dapat kesan penyakit dia lebih awal. ajal maut di tangan Tuhan. tu lah lumrah hidup. yang hidup pasti mati. kita yang hidup ni hanya dapat memanjatkan doa agar rohnya dicucuri rahmat Allah. al-fatihah.
arwah nur maizatul amira bt ramlan (baju pink)

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Scrapbook at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com